Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 7

(a)

tiap-tiap orang—

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(i)

yang telah disabitkan dengan muktamadnya atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau di bawah suatu undang-undang asing yang bersamaan dengan seksyen ini, atau atas suatu kesalahan

Terjadual, yang dilakukan pada bila-bila masa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini;

(ii)

yang ditahan atau telah ditahan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini menurut suatu perintah tahanan atau sekatan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang, berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya:

Dengan syarat bahawa aktiviti yang menjadi alasan penahanan itu berlaku selepas permulaan kuat kuasa Akta ini;

(iii)

yang memegang, menyembunyikan, menerima, atau menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan digunakan, apa-apa harta yang menyalahi undang-undang, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab bagi mempercayainya sebagai harta yang menyalahi undang-undang;

(b)

tiap-tiap saudara kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a);

(c)

tiap-tiap sekutu kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a);

(d)

mana-mana pemegang, sama ada atau tidak seorang saudara sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan

(b)

, atau seorang sekutu sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (c), (kemudian daripada ini disebut

“pemegang sekarang” dalam perenggan ini) apa-apa harta yang telah pada bila-bila masa dahulunya

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 25

dipegang oleh orang yang disebutkan dalam perenggan (a) melainkan jika pemegang sekarang atau, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana orang yang telah memegang harta itu selepas orang yang disebutkan dalam perenggan (a) tetapi sebelum pemegang sekarang ialah atau pernah menjadi pembeli suci hati harta itu dengan balasan berharga;

(e)

jika orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c)

atau (d) sudah mati, wakil dirinya atau, jika tidak ada wakil diri, orang atau orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial terhadap harta pusaka si mati sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Sesyen atas permohonan oleh Pendakwa Raya dan selepas

Mahkamah Sesyen telah memberikan peluang kepada orang atau orang-orang itu untuk didengar dalam perkara itu.

(2)

Seseorang dikira saudara, sekutu, atau pemegang, sebagaimana yang disebutkan masing-masingnya dalam perenggan (1)(b), (c) atau (d), jika dia ialah atau pernah menjadi pada bila-bila masa saudara, sekutu atau pemegang yang sedemikian itu, dan tidak kira sama ada dia menjadi saudara, sekutu atau pemegang yang sedemikian itu berhubungan dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (a) sebelum atau selepas orang yang disebutkan dalam perenggan (a) itu menjadi orang kenaan.

(3)

Tiada prosiding terhadap orang kenaan boleh dimulakan di bawah Bahagian ini jika ada apa-apa pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, atau kerana suatu kesalahan yang disebutkan dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual Pertama yang belum selesai terhadapnya dalam mana-mana mahkamah di Malaysia, dan jika semasa prosiding terhadap orang kenaan di bawah Bahagian ini belum selesai di Mahkamah Tinggi ada dimulakan apa-apa pendakwaan kerana mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

terhadapnya dalam suatu mahkamah di Malaysia maka, prosiding di

Mahkamah Tinggi di bawah Bahagian ini hendaklah ditangguhkan sehingga prosiding berkenaan dengan pendakwaan itu telah selesai dengan muktamadnya di mahkamah yang berbidang kuasa asal atau, jika ada rayuan, di mahkamah yang berbidang kuasa rayuan muktamad.

(4)

Jika apa-apa prosiding di Mahkamah Tinggi terhadap orang kenaan di bawah Bahagian ini dilarang daripada dimulakan, atau adalah ditangguhkan, di bawah subseksyen (3), larangan atau penangguhan itu tidak boleh—

(a)

menjejaskan apa-apa penyitaan terdahulu apa-apa harta, atau apa-apa perintah terdahulu oleh Pendakwa Raya, di bawah Bahagian IV, atau apa-apa penjalanan terdahulu akan mana-mana kuasanya di bawah

Bahagian IV oleh seseorang pegawai polis atau oleh

Pendakwa Raya, yang berbangkit daripada orang itu menjadi orang kenaan, dan penyitaan itu atau perintah itu, atau penjalanan kuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya semasa pendakwaan itu belum selesai dan selepas itu sehingga prosiding itu selesai dengan muktamadnya di bawah Bahagian ini;

atau

(b)

menghalang pegawai polis atau Pendakwa Raya daripada menjalankan selanjutnya atau seterusnya, atau mula menjalankan, kuasa masing-masing di bawah Bahagian IV yang berbangkit daripada orang itu menjadi orang kenaan.

Permohonan kepada Mahkamah Tinggi

Section 7 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988