Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 9

(1)

Jika di pendengaran permohonan Pendakwa Raya di bawah subseksyen 8(1) Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa permohonan itu dibuat mengikut kehendak seksyen 8,

Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis kepada orang kenaan yang dinyatakan dalam permohonan itu (kemudian daripada ini disebut “orang terjejas” dalam Akta ini) dan melampirkan kepada afidavit atau afidavit-afidavit yang disebut dalam subseksyen 8(2), dan meminta orang terjejas itu hadir di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari notis itu, untuk menunjukkan sebab mengapa segala atau mana-mana harta yang dikenal pasti di bawah perenggan 8(2)(c) itu tidak patut dilucuthakkan.

* CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan)

Perlembagaan 1994 [Akta A885].

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 29

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah, selain disampaikan kepada orang yang terjejas itu, disiarkan dalam

Warta pada tarikh yang sama dengan tarikh ia dikeluarkan, atau dengan seberapa segera yang praktik selepas itu.

(3)

Jika notis kepada mana-mana orang di bawah subseksyen

(1)

menyatakan mana-mana harta sebagai dipegang bagi pihak orang itu oleh mana-mana orang lain, atau sebagai dipindahmilikkan atau dijadualkan kepada, atau didepositkan atau disimpan dengan mana-mana orang lain, satu salinan notis itu hendaklah disampaikan kepada orang lain itu.

(4)

Jika sebelum suatu notis dikeluarkan di bawah subseksyen

(1)

Pendakwa Raya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa orang kenaan yang disebut dalam pemohonannya telah mati, tidak kira sama ada dia mati sebelum atau selepas permohonan itu difailkan, dan bahawa tiada penentuan benefisiari atau benefisiari-benefesiari telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen di bawah perenggan 7(1)(e), notis itu hendaklah dikeluarkan terhadap wakil diri, jika tiada wakil diri orang itu dan, terhadap benefisiari atau benefisiari-benefesiari harta pusakanya yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa

Raya dan selepas memberikan peluang kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari itu untuk didengar.

(5)

Pendakwa Raya boleh, pada mana-mana peringkat semasa mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1) selesai, memohon kepada Mahkamah untuk meminda notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu—

(a)

dengan mengeluarkan daripadanya mana-mana harta yang dinyatakan di dalamnya;

(b)

dengan memasukkan di dalamnya mana-mana harta yang tidak dinyatakan di dalamnya; atau

(c)

dari apa-apa segi lain,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

dan Mahkamah boleh, selepas memberikan peluang kepada orang terjejas itu untuk didengar, membuat apa-apa perintah yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah mengenai permohonan itu, dan jika Mahkamah membenarkan permohonan itu, sama ada dengan atau tanpa ubah suaian, ia boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu, suai manfaat atau wajar dalam perkara itu.

Pelucuthakan harta dalam hal tertentu