Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 10

(2)

Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.

(4)

Mana-mana pegawai polis atau ketua kampung yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(6)

Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga

Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud.

Pencegahan dan Pengawalan 17

Penyakit Berjangkit

Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

Section 10 — PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988