Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(4)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya di tempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.
Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti