Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu penyakit berjangkit;
(b)
memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c)
memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus;
(d)
memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya;
(e)
memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak
Pencegahan dan Pengawalan 21
Penyakit Berjangkit berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya, memerintahkan pemusnahannya; dan
(f)
melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa bagi maksud menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).
Pemusnahan struktur