Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 27

(2)

Jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan bersetuju secara bertulis supaya barang atau binatang itu dimusnahkan, maka barang atau binatang itu boleh

*CATATAN—Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]

m.b.p 15 Mac 2006—lihat seksyen 51 Akta 646.

Pencegahan dan Pengawalan 25

Penyakit Berjangkit dimusnahkan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang diarahkah oleh pegawai diberi kuasa itu.

(3)

Jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang di dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan tidak bersetuju barang atau binatang itu dimusnahkan, maka pegawai diberi kuasa itu hendaklah memohon kepada Majistret untuk mendapatkan perintah bagi pelupusan barang atau binatang itu dan Majistret boleh membuat perintah yang difikirkannya patut, termasuk perintah pemusnahan barang atau binatang itu, walaupun tiada sesiapa telah dipertuduh atau disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan barang atau binatang itu.

Mendapatkan kos dan perbelanjaan