Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 31

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

menubuhkan dan menyenggara kemudahan di darat atau di laut atau di sempadan bersama wilayah berdampingan supaya langkah-langkah kesihatan dikenakan kepada lalu lintas tempatan dan antarabangsa;

(b)

mengawal selia kemasukan dan pergerakan mana-mana kenderaan dan menetapkan langkah-langkah yang kepadanya kenderaan itu akan tertakluk, untuk mencegah bermulanya penyakit berjangkit;

(c)

mengawal selia—

(i)

kemasukan orang ke dalam Malaysia, pergerakan mereka di dalam dan keberangkatan mereka dari

Malaysia;

(ii)

pengimportan dan pengeksportan barang;

(iii)

pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusia atau mana-mana bahagiannya;

(iv)

pengimportan dan pengeksportan organisma dan bahan patogenik;

(d)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal dan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

(i)

Paragraph

(ii)

Subparagraph

(iii)

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

(e)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang masuk ke Malaysia;

(f)

tugas yang hendaklah dilaksanakan oleh komander dan orang lain yang berada atau telah berada di atas mana-mana kenderaan, atau mereka yang berhasrat untuk menaiki kenderaan itu, untuk mencegah penyakit berjangkit merebak;

(g)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan sekelilingnya dan standard kesihatan orang yang diambil kerja di tempat itu;

(h)

mengawal selia prosedur kuarantin dan pengurusan stesen kuarantin;

(i)

penahanan, pengasingan dan pemerhatian di sesuatu stesen kuarantin akan orang yang menghidap atau disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit;

(j)

mengawal selia pencucian dan pembasmian kuman premis—

(i)

di mana telah terdapat suatu kes atau disyaki terdapat suatu kes penyakit berjangkit; atau

(ii)

yang disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit;

(k)

mengawal selia pemindahan dan pembasmian kuman atau pemusnahan barang yang telah atau disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit;

(l)

mencegah dan mengawal merebaknya jangkitan melalui serangga, rodensia atau binatang lain;

(m)

menetapkan standard kebersihan dan kemudahan kebersihan bagi premis;

(i)

Paragraph

(ii)

Subparagraph

(f)

Paragraph

(g)

Paragraph

(i)

Paragraph

(j)

Pencegahan dan Pengawalan 29

Penyakit Berjangkit

(n)

memeriksa premis dan barang di dalamnya;

(o)

mengumpul dan penyampaikan maklumat epidemiologi dan kesihatan dan laporan wajib mengenai penyakit berjangkit;

(p)

menetapkan fi yang akan dibayar di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(q)

pembayaran kepada Kerajaan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang yang dipindahkan ke hospital atau stesen kuarantin;

(r)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi pengkompaunan;

(s)

menetapkan borang yang akan digunakan di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(t)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat Menteri adalah wajar bagi pencegahan atau pengurangan penyakit berjangkit.

Pindaan