Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 33

Pemansuhan dan kecualian

(2)

Pemansuhan ini tidaklah menyentuh apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan wajar atau apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah undang-undang bertulis itu; dan khususnya

(tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu) apa-apa perjanjian, pelantikan, kelulusan, jawatan, notis atau pengiktirafan yang dibuat atau diberikan di bawah undang-undang bertulis itu hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

________________________________

Section 33 — PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988