/akn/my/act/act/1988/343

*AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1988
Sections
7
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988 is Malaysia Act, cited as Act 343 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Lembaga Koko Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 Februari 1989, P.U. (B) 59/1989, kecuali s. 25 & 26] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai ke seluruh Malaysia dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi Negeri yang berlainan dalam

Malaysia bagi mula berkuat kuasanya Akta ini atau peruntukan Akta ini yang berlainan.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

“anggota” ertinya anggota Lembaga, dan termasuklah anggota silih ganti;

“bahan tanaman koko” ertinya biji benih koko, anak benih koko, anak benih koko bertunas, apa-apa bahan daripada mana-mana bahagian pokok koko yang digunakan dalam pembiakan tampang dan tumbuh-tumbuhan daripada tisu koko;

“biji koko” ertinya biji Theobroma cacao L sama ada melalui proses penapaian atau pengeringan atau tidak;

“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil daripada kegiatan penyelidikan dan kemajuan dan termasuklah reka cipta dan kemajuan dalam apa-apa proses, radas, jentera atau teknik;

“hari ditetapkan” ertinya hari seksyen 25A mula berkuat kuasa;

“industri koko” ertinya apa-apa industri yang terlibat dalam penanaman koko atau pengeluaran keluaran koko atau kedua-duanya dan termasuklah perkhidmatan yang berhubung dengan penanaman atau pengeluaran itu;

“juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 23N;

“kakitangan” ertinya pegawai dan pekhidmat Lembaga dan di mana konteksnya terpakai sedemikian, mana-mana pakar yang diambil kerja oleh Lembaga secara sementara;

“keluaran koko” ertinya apa-apa keluaran yang dikilang daripada biji koko dan termasuklah likuor koko, mentega koko, koko berbuku, serbuk koko dan coklat;

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 9

“kenderaan” ertinya apa-apa cara pengangkutan, sama ada melalui udara, laut atau darat;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 15;

“koko” ertinya tumbuh-tumbuhan daripada genus Theobroma atau apa-apa genus atau spesies yang berkaitan atau apa-apa kacukan atau klon daripada genus atau spesies itu, tumbuh-tumbuhan yang berhasil daripada mengahwinkan spesies, kacukan atau klon ini dengan apa-apa spesies, kacukan atau klon tumbuh-tumbuhan yang lain, dan bentuk spesies, kacukan atau klon ini yang dihasilkan daripada kejuruteraan genetik, dan termasuklah biji koko dan keluaran koko;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Koko

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;

“laut” termasuklah perairan pedalaman;

“Lembaga” ertinya Lembaga Koko Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“MARDI” ertinya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia 1969 [Akta 11];

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi industri koko;

“pegawai diberi kuasa” ertinya―

(a)

seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A;

Suggest a correction

(b)

seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau

Suggest a correction

(c)

seorang pegawai kastam;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3B;

“program diluluskan” ertinya program yang diluluskan oleh

Lembaga;

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(3)

Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, dan atas apa-apa syarat yang didapatinya patut, Lembaga boleh—

(b)

berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan harta tak alih—

Suggest a correction

(i)

memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan

(ii)

memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

Paragraph

(ii)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 11

mengenai, harta dan kepentingan itu yang terletak hak pada Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Matlamat Lembaga adalah—

(a)

untuk memajukan dan membangunkan industri koko

Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

untuk memajukan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri koko

Malaysia dengan cara yang teratur.

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Meterai perbadanan

3A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Meterai perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Lembaga.

(3)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Koko Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan

Lembaga.

(4)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau seorang anggota Lembaga.

(5)

Meterai perbadanan itu hendaklah dicapkan di hadapan

Pengerusi dan seorang anggota Lembaga yang lain dan Pengerusi dan anggota itu hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.

(6)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (5)

hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(7)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Pengerusi atau seorang anggota Lembaga bagi pihak Lembaga.

(8)

Meterai perbadanan

Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Lembaga

3B. Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang pengerusi;

(b)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri koko, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;

(c)

seorang wakil Perbendaharaan, yang dinamakan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;

(d)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;

(e)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri,yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha

Kementerian;

(f)

lima orang wakil industri koko;

(f)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 13

(g)

tidak lebih daripada enam orang yang mewakili kepentingan lain dalam industri koko atau kepentingan

Kerajaan Persekutuan atau kepentingan Kerajaan Negeri; dan

(h)

Ketua Pengarah.

Tempoh jawatan

4. Anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam surat pelantikan mereka dan adalah layak dilantik semula.

Anggota silih ganti

5. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 3B(b), (c), (d), (e), (f) dan (g), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga sekiranya anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa jua sebab.

(1A)

Anggota silih ganti yang hendak dilantik—

(a)

berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 3B(b), (c), (d) dan (e), hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha masing-masing

Kementerian yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu; dan

(b)

berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 3B(f) dan (g), hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh masing-masing anggota yang dilantik.

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti daripada menjadi seorang anggota silih ganti jika anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu tidak lagi menjadi anggota Lembaga.

Pelantikan hendaklah diwartakan

6. Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

7. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga selain

Ketua Pengarah untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi oleh kerana apa-apa jua sebab tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi; dan anggota sedemikian hendaklah, selama tempoh yang dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, anggota yang dilantik di bawah perenggan 3B(b) atau anggota silih gantinya, mengikut mana-mana yang berkenan, hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi Lembaga.

(3)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga Pengerusi dan orang yang menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen (2)

kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Fungsi Lembaga

8. Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut—

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 15

(a)

menjalankan dan menggalakkan penyelidikan ke atas pengeluaran, pemprosesan, penstoran, pengangkutan, pemasaran, penggunaan dan pemakaian koko dan keluaran koko;

(b)

menjamin, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan industri koko memerlukan sedemikian, pemajuan dan pengeksploitasian apa-apa dapatan penyelidikan, yang didapati oleh

Lembaga belum dimajukan dan dieksploitasikan atau belum dimajukan atau dieksploitasikan dengan sepenuhnya;

(c)

memperoleh, memegang, melupuskan atau memberi hak berkaitan dengan dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga atau, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan industri koko memerlukan sedemikian, berkaitan dengan dapatan apa-apa penyelidikan yang dilakukan oleh mana-mana orang atau organisasi;

(d)

mengawal dan menyelaraskan aktiviti dan polisi semua penyelidikan dan pembangunan organisasi yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagian besarnya dari Kumpulan

Wang;

(e)

memastikan bahawa Lembaga sentiasa dimaklumkan dengan sepenuhnya mengenai aktiviti dan polisi yang relevan semua penyelidikan dan pembangunan organisasi yang dibiayai sebahagiannya oleh Kumpulan Wang;

(f)

mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan koko dan keluaran koko dan gentian lain bagi keluaran koko dan untuk menggalakkan pemakaian koko dan keluaran koko yang bersaing dengan bahan lain atau pelengkap kepadanya;

(g)

menyelaraskan aktiviti di dalam

Malaysia yang berhubungan dengan penyelidikan, pembangunan, publisiti dan perkara lain yang melibatkan industri koko serta mengadakan hubungan dengan badan di luar

(d)

(e)

(f)

(g)

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Malaysia yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut;

(h)

mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat dan perunding bagi industri koko;

(i)

menyelaraskan aktiviti dengan tujuan untuk mendapatkan pemasaran yang cekap bagi biji koko dan keluaran koko dari Malaysia;

(j)

mengawal selia dan memperbaiki cara penstoran dan pengapalan koko dan keluaran koko;

(k)

memajukan langkah-langkah ke arah mencapai kualiti yang tinggi untuk koko dan keluaran koko dan termasuklah membantu menetapkan standard dan penubuhan suatu sistem penggredan yang cekap;

(l)

mengawal selia pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pengimportan dan pengeksportan koko termasuk pemerakuan baginya;

(m)

mengawal selia dan menyelaraskan perjalanan yang sempurna dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan pemasaran koko dan keluaran koko;

(n)

menimbang, menggalak dan mengambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit yang melibatkan koko;

(na) merancang dan melaksanakan rancangan latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri koko;

(nb) menjalankan penyelidikan dan kemajuan tentang minyak dan lemak selain mentega koko jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk mempertingkatkan industri koko;

(h)

(i)

(j)

(k)

(l)

(m)

(n)

(na)

(nb)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 17

(nc) menjalankan penyelidikan dan kemajuan dalam apa-apa bidang lain jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk memanfaatkan industri koko;

(n menjalankan penyelidikan dan kemajuan mengenai tanaman selangan dan menggalakkan tanaman selangan dalam ladang koko; dan

(o)

pada amnya untuk melakukan apa-apa jua perkara untuk kebaikan dan perjalanan yang sempurna bagi industri koko dan untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Kuasa Lembaga

9. Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang suai manfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:

(a)

menubuh dan mengendalikan mana-mana institusi dan establismen di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga untuk menunaikan fungsinya di bawah Akta ini;

(b)

mengadakan apa-apa rundingan dan perkiraan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk menggalakkan kepentingan umum akan industri koko;

(c)

menerima sebagai balasan bagi khidmat yang diberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;

(d)

mengenakan apa-apa fi atau caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya;

(e)

menubuhkan jawatankuasa, yang boleh terdiri daripada atau termasuk orang yang bukan anggota Lembaga untuk

(nd)

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

menasihat atau membantu Lembaga atas apa-apa perkara berhubungan dengan kuasa dan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut;

dan

Lembaga boleh mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan sebagaimana yang dikenakannya, mana-mana kuasa dan fungsinya (kecuali kuasa membuat peraturan-peraturan dan meminjam wang) sebagaimana yang difirkannya patut, kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian dan apa-apa tindakan yang dilakukan atu keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut menurut pewakilan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tindakan atau keputusan Lembaga.

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

10. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan

Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang didapati patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh

Lembaga pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.

(2)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan—

(a)

keanggotaan perbadanan;

(b)

pembiayaan perbadanan;

(c)

pembayaran balik pinjaman yang dibuat kepada perbadanan; dan

(d)

akaun yang akan disimpan oleh perbadanan dan audit akaun itu.

(3)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 19

(4)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau yang menetapkan terma atau syarat apa-apa aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga berhubungan dengan perbadanan dan apa-apa peninggalan atau kecuaian dari mematuhi dan apa-apa tindakan yang dilakukan atau cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan terhadap Akta ini dan pesalah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perdagangan dapatan penyelidikan

10A. Lembaga boleh mengadakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga untuk mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa syarat dan kepada pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, bagi maksud memperdagangkannya.

Kuasa untuk mengambil kerja ejen, dsb.

10B. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, ahli bank, pakar runding, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan

11. Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan tujuan dan peruntukan Akta ini dengan sempurna dan berkesan, dan khususnya, tetapi tanpa

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

menjejaskan keluasan perkara yang tersebut di atas, peraturan sedemikian boleh—

(a)

menghendaki supaya didaftarkan dan dilesenkan orang yang berkenaan dengan apa-apa atau segala aktiviti yang termasuk ke dalam skop fungsi Lembaga;

(b)

mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengan pendaftaran dan pelesenan termasuk cara memohon pendaftaran dan lesen, fi yang perlu dibayar untuk lesen, pengenaan atau pengubahan syarat dan sekatan ke atas lesen, dan pembatalan atau penggantungan lesen itu;

(c)

mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengan rayuan;

(d)

mengawal selia apa-apa atau segala aktiviti yang termasuk dalam skop fungsi Lembaga dengan apa-apa cara selain atau sebagai tambahan kepada pendaftaran dan pelesenan;

(e)

mengadakan peruntukan mengenai amalan yang dikehendaki diikuti atau dielakkan di dalam industri koko;

(f)

mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran kontrak jualan termasuk butir-butir kontrak sedemikian yang berhubungan dengan pengeksportan koko dan keluaran koko;

(g)

bagi maksud memastikan bahawa mutu koko yang akan dieksportkan adalah pada standard yang ditentukan dan untuk mencegah fraud berkaitan dengannya, mengadakan pengawalan dan penyeliaan standard sedemikian termasuk menetapkan tanda untuk dicapkan atau selainnya diterakan pada koko yang dibungkus untuk eksport;

(h)

menetapkan fi yang dikenakan berkenaan dengan apa-apa penyelidikan, penyiasatan, ujian, nasihat atau khidmat lain yang Lembaga diminta menjalankan, menyediakan atau melaksanakannya di bawah peraturan-peraturan tersebut;

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 21

(i)

menetapkan penalti bagi pelanggaran peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dengan pemenjaraan tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan dan denda itu kedua-duanya;

(j)

(k)

menetapkan piawaian bagi pemprosesan dan kaedah bagi menapaikan, mengeringkan, menggredkan atau membungkus koko dan keluaran koko;

(l)

menetapkan tatacara untuk mengimport dan mengeksport biji koko dan keluaran koko;

(m)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;

(n)

menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;

(o)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

Rayuan kepada Menteri

12. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan

Lembaga mengeluarkan atau membaharui, atau dengan pembatalan atau penggantungan oleh Lembaga akan suatu lesen yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya atau dengan pengenaan atau pengubahan syarat-syarat ke atas lesen tersebut boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diberitahu kepadanya secara bertulis merayu kepada Menteri, yang mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

*CATATAN—Sebelum ini “sepuluh ribu ringgit”–lihat Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2001 [Akta A1103]

(i)

(j)

(k)

(l)

(m)

(n)

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(2)

Dalam memberi keputusannya ke atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Lembaga.

Kuasa Lembaga membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

13. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menunaikan fungsinya dengan berkesan di bawah seksyen 8, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sedemikian boleh—

(a)

menetapkan prosedur bagi pentadbiran Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Bahagian III Akta ini;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1103);

(c)

menetapkan skim dan juga terma dan syarat pinjaman yang dibuat kepada kakitangan di bawah perenggan 18(3)(c);

(d)

menetapkan perkara yang berhubungan dengan penubuhan sesuatu perbadanan di bawah seksyen 10.

Menteri boleh memberi arahan

14. Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, bila-bila masa sahaja menurut budi bicaranya didapatinya perlu berbuat demikian, memberi arahan kepada Lembaga yang pada pandangannya sesuai dan suai manfaat yang berhubungan dengan Akta ini, dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan sedemikian.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 23

Anggota disifatkan sebagai pekhidmat awam

14A. Pada menjalankan tugas dan fungsi rasminya, anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun

Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN IIA

KETUA PENGARAH DAN KAKITANGAN LEMBAGA

Pelantikan Ketua Pengarah dan kakitangan lain Lembaga

15. (1) Maka hendaklah dilantik oleh Menteri seorang Ketua

Pengarah Lembaga atau seseorang dengan apa-apa nama jawatan lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Menteri atas apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditentukannya.

(2)

Lembaga boleh melantik beberapa orang kakitangan Lembaga yang lain termasuk Merinyu Koko yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Lembaga.

(3)

Pelantikan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan di dalam

Warta.

(4)

Lembaga tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat

Lembaga, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa mendapat kelulusan Perbendaharaan dan Jabatan

Perkhidmatan Awam.

Kuasa dan tugas Ketua Pengarah

16. (1) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif

Lembaga dan hendaklah, selain daripada mempunyai kuasa dan tugas yang dinyatakan dalam subseksyen (2) atau yang difikirkan oleh

Lembaga patut diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atasnya,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

mempunyai segala kuasa dan tugas yang perlu bagi menjalankan pentadbiran Lembaga.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah—

(a)

mengemukakan untuk kelulusan Lembaga—

(i)

program tahunan tentang aktivit Lembaga;

(ii)

anggaran hasil dan perbelanjaan yang perlu bagi menjalankan aktiviti Lembaga;

(b)

memastikan bahawa program diluluskan adalah dilaksanakan dengan sepatutnya dan bahawa perbelanjaan bagi menjalankan program diluluskan adalah selaras dengan belanjawan tahunan yang diluluskan oleh

Lembaga;

(c)

sentiasa memaklumkan Lembaga dengan sepenuhnya akan kemajuan aktivitinya.

(3)

Jika Ketua Pengarah tidak dapat buat sementara menjalankan fungsinya oleh sebab sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain,

Lembaga boleh melantik seorang anggota kakitangan untuk menjalankan kuasa dan tugas Ketua Pengarah.

Pekhidmat awam

17. Pada menjalankan tugas dan fungsi rasminya, Ketua Pengarah dan kakitangan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah

17A. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah

Akta ini kepada mana-mana pegawai Lembaga, tertakluk kepada apa-apa syarat yang didapatinya patut.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 25

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua

Pengarah daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Harta dalam dapatan penyelidikan oleh Ketua Pengarah atau kakitangan

17B. Harta dalam tiap-tiap dapatan penyelidikan oleh Ketua

Pengarah, mana-mana anggota kakitangan atau mana-mana pakar yang diambil kerja oleh Lembaga, dalam menjalankan tugas rasminya atau dalam tempoh pegawai atau orang yang berkenaan itu sedang bekerja dengan Lembaga atau berada dalam perkhidmatan Lembaga, hendaklah terletak hak pada Lembaga tetapi Lembaga boleh memberi hadiah kepada pegawai atau orang yang berkenaan atas dapatan penyelidikan itu mengikut apa-apa cara yang didapatinya patut.

BAHAGIAN III

KEWANGAN

Kumpulan Wang Lembaga Koko Malaysia

18. (1) Maka hendaklah ditubuhkan dan disenggarakan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Lembaga

Koko Malaysia yang hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga.

(2)

Berikut hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang—

(a)

apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga oleh

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;

(b)

semua wang yang dipungut di bawah seksyen 22;

(c)

semua wang yang dipungut di bawah mana-mana kaedah dan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, selain denda;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(d)

semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 19;

(e)

semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 20 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, cagaran atau debentur;

(f)

wang yang diterima daripada sumber lain termasuk komisen dan fi bagi nasihat atau khidmat yang diberi menurut perenggan 9(c) dan (d), atau fi, royalti atau balasan lain yang kena dibayar di bawah seksyen 10A;

(g)

wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 23Y; dan

(h)

derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar

Malaysia, termasuk wang yang diterima daripada mana-mana

Kerajaan atau organisasi di luar Malaysia.

(3)

Kumpulan Wang boleh digunakan untuk—

(a)

membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga dalam mentadbirkan Kumpulan Wang itu;

(b)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—

(i)

saraan Ketua Pengarah dan kakitangan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran dan, jika berkenaan, sumbangan kepada

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkenaan dengan Ketua Pengarah dan kakitangan;

(ii)

perlindungan insurans bagi Ketua Pengarah dan kakitangan;

(iii)

sumbangan kepada Akaun Kebajikan Kakitangan

Lembaga Koko Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 18A; dan

(f)

(g)

(h)

(iii)

(ii)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 27

(iv)

fi dan kos guaman serta fi dan kos lain;

(c)

memberi pinjaman perumahan atau pinjaman untuk membeli kenderaan bagi Ketua Pengarah dan kakitangan, atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan;

(d)

membuat sumbangan dengan cara bayaran yuran atau derma kepada mana-mana organisasi yang diiktiraf, sama ada tempatan atau antarabangsa, yang menggalakkan penyelidikan dan kemajuan ke atas koko dan pemasaran koko dan keluaran koko;

(e)

membayar balik apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh

Lembaga di bawah seksyen 19;

(ea) membayar apa-apa hadiah di bawah seksyen 23DD; dan

(f)

membayar apa-apa perbelanjaan lain yang difikirkan oleh

Lembaga bersampingan dengan fungsinya.

Akaun Kebajikan Kakitangan Lembaga Koko Malaysia

18A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mewujudkan dan menyenggarakan suatu akaun amanah daripada dana Lembaga dengan nama “Akaun Kebajikan Kakitangan Lembaga Koko

Malaysia” bagi manfaat Ketua Pengarah dan kakitangan Lembaga.

(2)

Akaun Kebajikan Kakitangan Lembaga Koko Malaysia hendaklah digunakan bagi maksud yang bertujuan untuk menjaga kebajikan Ketua Pengarah dan kakitangan Lembaga sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh

Lembaga dengan kelulusan Menteri dan arahan itu boleh membuat peruntukan mengenai cara dan tatacara untuk memberi bantuan, memberi pinjaman atau membuat pembayaran lain daripada Akaun

Kebajikan Kakitangan Lembaga Koko Malaysia.

(f)

(d)

(e)

(ea)

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Kuasa meminjam wang

19. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan

Menteri Kewangan, meminjam wang bagi maksud menjalankan fungsinya.

Kuasa melabur

20. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan, melabur

Kumpulan Wang itu atau mana-mana bahagian daripadanya, yang tidak diperlukan dengan segera untuk memenuhi obligasinya atau menjalankan fungsinya, dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang pada ketika ini dibenarkan untuk pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

21. (Dipotong oleh Akta 478).

BAHAGIAN IV

SES

Ses ke atas koko

22. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan

Menteri

Kewangan, membuat perintah berkenaan dengan pengenaan, pengubahan atau pengkenselan ses ke atas koko; dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar dan cara pemungutan ses itu.

(1A)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred koko yang berlainan.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana perintah tersebut, ses itu hendaklah disifatkan bagi maksud pemungutan dan penguatkuasaan pemungutannya, sebagai duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 29

(3)

Tiap-tiap perintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan di hadapan tiap-tiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang praktik selepas penyiaran perintah sedemikian dalam Warta.

(4)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan di mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

(6)

Permulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya orang itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang orang itu dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang dihadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh memerintahkan orang itu membayar kepada

Lembaga jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan

Lembaga sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan itu.

(8)

Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pemungutannya, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

BAHAGIAN V

AUDIT DAN LAPORAN TAHUNAN

Pengemukaan akaun, audit dan laporan tahunan

23. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240]

hendaklah terpakai berkenaan dengan akaun, audit dan laporan tahunan Lembaga.

BAHAGIAN VA

PENGUATKUASAAN

Pemberian kuasa kepada pegawai

23A. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai

Lembaga untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)

apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai diberi kuasa itu bertindak atau yang daripadanya pegawai diberi kuasa itu menghendaki apa-apa maklumat kad kuasa yang dibawa oleh pegawai itu atas arahan Ketua

Pengarah.

Kuasa penyiasatan

23B. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk menyiasat pelakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 31

Penggeledahan dengan waran

23C. (1) Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapati perlu oleh

Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan di dalam waran itu untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dan di sana—

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa koko atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai di premis itu.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapatinya perlu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat sedemikian—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar dan dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang pegawai diberi kuasa itu diberi kuasa untuk melakukan; dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di premis itu sehingga tempat itu telah digeledah.

(4)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dijumpai.

(5)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau memindahkan koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan

23D. (1) Jika seorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan sedang membawa apa-apa koko, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa barang lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, pegawai diberi kuasa itu boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika atas pemeriksaan pegawai diberi kuasa itu mempunyai

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 33

sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan itu dan apa-apa koko, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai dalam kenderaan itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—

(a)

memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan

(b)

membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Senarai benda disita

23E. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain disita di bawah seksyen 23C atau seksyen 23D, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada—

(a)

jika premis telah digeledah di bawah seksyen 23C, penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(b)

jika kenderaan telah disita di bawah seksyen 23D, orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu.

(2)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bila mana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Kuasa untuk memasuki premis

23F. Walau apa pun seksyen 23C, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

memeriksa apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain sebagaimana yang didapatinya perlu;

(b)

mengesahkan ketepatan rekod atau kenyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; atau

(c)

memungut sampel apa-apa koko.

Pemulangan sementara kenderaan, dsb.

23G. (1) Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengakapan itu atau orang yang daripada pemilikan, jagaan atau kawalannya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu disita, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh mahkamah dan, tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukup diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 35

(2)

Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik kenderaan, jentera, peralatan, atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta; atau

(b)

melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penjualan dan pelupusan koko yang disita

23H. (1) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa koko yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—

(a)

koko itu adalah jenis yang mudah rosak atau mutu koko itu mudah merosot;

(b)

jagaan koko itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;

(c)

terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan koko itu; atau

(d)

koko itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian yang diperakui oleh juruanalisis, membuktikan, bahawa koko yang diuji olehnya tercemar, pegawai yang menyita itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan koko itu, menyebabkan

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

supaya koko itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

Koko, dsb., yang disita boleh dilucuthakkan

23I. Apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

Hak harta mengenai koko, dsb., yang dilucuthakkan

23J. Apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dilucuthakkan atau yang diambil dan disifatkan dilucuthakkan di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta

Lembaga.

Pelucuthakan atau pelepasan koko, dsb., yang disita

23K. (1) Jika pendakwaan dimulakan berkenaan dengan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini, mahkamah yang dihadapannya pendakwaan berkenaan dengan perkara itu dijalankan boleh memerintahkan pelucuthakan atau pelepasan benda yang berkenaan.

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokument atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 37

(3)

Jika tidak ada pendakwaan akan dimulakan berkenaan dengan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dipegang hendaklah memberitahu orang yang daripadanya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukan seksyen 23L.

(4)

Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar ke alamat terakhir diketahui orang yang berkenaan.

(5)

Jika tiada tuntutan di buat di bawah seksyen 23L dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis yang disebut dalam subseksyen (3)

disampaikan, koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tempoh itu tamat.

Tuntutan bagi koko, dsb., yang disita

23L. (1) Seseorang yang menegaskan bahawa orang itu ialah pemunya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disebut dalam subseksyen 23K(3) dan bahawa koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dipegang bahawa orang itu menuntut koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(2)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, pengawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, merujukkan perkara itu kepada Majistret.

(3)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa orang itu ialah pemunya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dan orang yang daripadanya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sawajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(4)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah jika tiada bukti sedemikian memerintahkan pelepasannya.

(5)

Apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(6)

Lembaga tidak menanggung liabiliti kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekali pun berlaku, dalam mutu apa-apa koko yang disita di bawah Akta ini.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 39

Pelepasan koko, dsb., yang disita

23M. Walau apa pun seksyen 23L, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika didapatinya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Bahagian ini dilepaskan kepada orang yang daripadanya pemilikan, jagaan atau kawalannya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita.

Kos memegang koko, dsb., yang disita

23N. Jika apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan

Lembaga atau Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

23O. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita pada menjalankan atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Kuasa tambahan

23P. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut—

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen itu;

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen mengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada Akta ini telah dipatuhi.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menyerang atau menghalang pegawai diberi kuasa menjadi kesalahan

23Q. Seseorang yang—

(a)

menyerang, menghalang, merintangi atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;

(b)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah

Akta ini; atau

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 41

(c)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan atau merosakkan atau memusnahkan apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain untuk menghalang penyitaan atau penyimpanan selamat koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VB

AM

Pelantikan juruanalisis

23R. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik juruanalisis untuk memeriksa dan menguji apa-apa koko dan untuk memperakui keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu piawaian dan grednya.

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Pemeriksaan atau pengujian berkadar koko yang disita

23S. (1) Jika didapati perlu untuk memeriksa atau menguji apa-apa koko yang disita di bawah Akta ini, maka adalah mencukupi untuk memeriksa atau menguji hanya suatu sampel yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada isipadu atau berat koko itu atau daripada setiap jenis atau perihalan yang berlainan koko itu atau, jika koko itu dibungkus dalam bungkusan yang berlainan, daripada kandungan setiap bungkusan.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(2)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki jenis, perihalan atau bungkusan koko itu adalah serupa dengan keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian, gred atau selainnya sampel koko yang diperiksa atau diuji.

Kewajipan kerahsiaan

23T. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga—

(a)

tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atu mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh penggajiannya atu selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada seorang pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai capaian kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini atau yang berhubung dengan hal ehwal

Lembaga boleh mendedahkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Maklumat palsu

23U. Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atu maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 43

dalam apa-apa butiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

23V. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah juga didapati telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, orang itu membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa orang itu telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau

(i)

(ii)

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Penalti am

23W. (1) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

23X. (1) Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu tetapi apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu per dua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 45

Kuasa untuk mengkompaun

23Y. (1) Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaunkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu diak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan ke atas kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tidak pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat dan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang didapati patut oleh Ketua Pengarah.

(4)

Segala wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

23Z. (1) Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(2)

Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Pewakilan dalam prosiding sivil

23AA. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

Lembaga; atau

(b)

dalam apa-apa prosiding sivil yang lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

23BB. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan,

Mahkamah

Majistret

Kelas

Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Perlindungan pegawai

23CC. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 47

(a)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan

Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.

Hadiah

23DD. Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya dibayar apa-apa hadiah yang didapatinya patut kepada mana-mana orang bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini.

Perlindungan pemberi maklumat

23EE. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.

(2)

Jika apa-apa buku, rekod atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atu dipadamkan hanya setakat yang pelu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu kenyataan matan yang pemberi maklumat itu tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

BAHAGIAN VI

PERUNTUKAN TAMBAHAN DAN PERALIHAN

24. (Dipotong oleh Akta A1103).

Pindaan Akta 11

25. Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan“getah dan kelapa sawit” dalam perenggan 3(a) dengan perkataan “getah, kelapa sawit dan koko kecuali tentang penyelidikan ke atas tanaman selangan koko dengan kelapa dan kopi oleh pekebun kecil”.

Pindaan lanjut Akta 11

25A. Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969 dipinda dalam perenggan 3(a) dengan memotong perkataan

“kecuali tentang penyelidikan ke atas tanaman selangan koko dengan kelapa dan kopi oleh pekebun kecil”.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 49

Pindaan Akta 141

26. Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]

dipinda dengan menggantikan perkataan “and tobacco” dalam tafsiran “agricultural produce” dalam seksyen 1A dengan perkataan “, tobacco and cocoa”.

Pemindahan hakmilik harta

26A. (1) Segala tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan tanah bagi maksud, MARDI dan yang digunakan bagi maksud stesen MARDI Hilir Perak hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.

(2)

Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada MARDI atau pada mana-mana orang bagi pihak MARDI, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan yang digunakan bagi maksud stesen MARDI Hilir Perak hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.

Kontrak sedia ada

26B. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan bekerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa tanah, harta atau aset yang dipindah hakmilik di bawah seksyen 26A hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada

Lembaga dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti MARDI atau stesen MARDI Hilir Perak atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak MARDI atau stesen MARDI

Hilir Perak, Lembagalah yang dinamakan dalam atau menjadi pihak kepada surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara atau perkiraan bekerja itu.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Penerusan pegawai dan pekhidmat

26C. Orang yang pada hari ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai dan pekhidmat dalam penyelidikan koko di MARDI, sama ada bertugas di stesen MARDIN Hilir Perak atau selainnya, yang menerima pilihan untk berkhidmat dengan Lembaga hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah seksyen 15 Akta ini atas terma dan syarat yang sama yang atasnya orang itu diambil kerja oleh

MARDI sebaik sebelum hari ditetapkan.

Pengesahan tindakan yang dilakukan semasa Akta masih dalam jangkaan

27. (1) Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang yang dalam persediaan untuk atau dalam jangkaan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat tindakan dan perkara yang dilakukan itu adalah tidak berlawanan dengan niat dan maksud am Akta ini dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat dari melakukan tindakan atau perkara itu, termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa subseksyen (1)

tidak membenarkan pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat

Lembaga kecuali setakat membenarkan pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan yang sebenar dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa Menteri untuk memberi pengecualian

28. Menteri boleh mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang melalui pemberitahuan dalam Warta daripada mana-mana peruntukan

Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya sesuai dikenakan.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 51

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 3(6)]

PERUNTUKAN TAMBAHAN BERKENAAN

DENGAN LEMBAGA

1. Lembaga hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya empat kali mesyuarat dalam setiap tahun.

2. Lembaga hendaklah juga bermesyuarat pada masa lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pengerusi atau atas permintaan mana-mana enam anggota.

3. (1) Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, enam anggota hendaklah membentuk suatu kuorum.

(2)

Keputusan Lembaga hendaklah diambil dengan majoriti biasa oleh anggota yang hadir dan mengundi.

(3)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyaknya, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.

4. (1) Anggota Lembaga yang —

(a)

pada tiga kali mesyuarat Lembaga berturut-turut, tanpa sebab yang munasabah atau kebenaran bertulis Pengerusi, telah tidak menghadiri juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik mengenai anggota itu;

(b)

telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;

(c)

telah menjadi bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya; atau

(d)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, hendaklah terhenti daripada memegang jawatan.

(2)

Peruntukan subperenggan (1) perenggan ini, selain subperenggan (1) (a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seorang anggota silih ganti.

5. Tiada anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti persendirian atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal-ehwal Lembaga melainkan jika kerugian atau kerosakan itu dilakukan dengan sengaja atau melalui kelalaian atau kecuaian melampau.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

6. Pengerusi dan anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

7. (Dipotong oleh Akta A1103).

8. Tertakluk kepada perenggan 1, 2, 3 dan 4, Lembaga boleh mengawal selia prosedurnya sendiri.

_____________

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 10(3)]

Kuasa

Lembaga membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 10, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu menentukan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusannya; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalannya ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan yang Lembaga itu telah ditubuhkan atau sebagai memberi kepada mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepada

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 53

perbadanan yang berkenaan dengannya ia telah dibuat dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah ia telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan bagi peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1 dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948

dan 1967 [Akta 388] hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan-peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan-peraturan itu adalah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 10 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang awam di suatu tempat atau mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah dipindah hakmilik dan diletak hak pada Lembaga setelah dijelaskan segala liabiliti.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan dengan apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 10 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberi oleh

Lembaga dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah ditubuhkan ia boleh mengikat kontrak dan boleh memegang dan berniaga atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, yang tidak tak selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap satu halnya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Meterai perbadanan perbadanan

8. Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu tanda mengikut sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan.

_______________

55

Akta 343

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 478

Akta Pembatalan Pengecualian

21-02-1992

Daripada Bayaran Duti-Duti

Setem 1992

Akta A1103

Akta Lembaga Koko Malaysia

01-09-2001

(Pemerbadanan) (Pindaan) 2001

_______________

56

Akta 343

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2

Akta A1103

01-09-2001

3

Akta A1103

01-09-2001

3A

Akta A1103

01-09-2001

3B

Akta A1103

01-09-2001

5

Akta A1103

01-09-2001

7

Akta A1103

01-09-2001

8

Akta A1103

01-09-2001

10

Akta A1103

01-09-2001

10A

Akta A1103

01-09-2001

10B

Akta A1103

01-09-2001

11

Akta A1103

01-09-2001

12

Akta A1103

01-09-2001

13

Akta A1103

01-09-2001

14A

Akta A1103

01-09-2001

Tajuk BAHAGIAN IIA

Akta A1103

01-09-2001

15

Akta A1103

01-09-2001

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 57

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

17A

Akta A1103

01-09-2001

17B

Akta A1103

01-09-2001

Tajuk BAHAGIAN III

Akta A1103

01-09-2001

18

Akta A1103

01-09-2001

18A

Akta A1103

01-09-2001

20

Akta A1103

01-09-2001

21

Akta 478

21-02-1992

22

Akta A1103

01-09-2001

BAHAGIAN VA

Akta A1103

01-09-2001

23A

Akta A1103

01-09-2001

23B

Akta A1103

01-09-2001

23C

Akta A1103

01-09-2001

23D

Akta A1103

01-09-2001

23E

Akta A1103

01-09-2001

23F

Akta A1103

01-09-2001

23G

Akta A1103

01-09-2001

23H

Akta A1103

01-09-2001

23I

Akta A1103

01-09-2001

23J

Akta A1103

01-09-2001

23K

Akta A1103

01-09-2001

23L

Akta A1103

01-09-2001

23M

Akta A1103

01-09-2001

23N

Akta A1103

01-09-2001

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

23O

Akta A1103

01-09-2001

23P

Akta A1103

01-09-2001

23Q

Akta A1103

01-09-2001

BAHAGIAN VB

Akta A1103

01-09-2001

23R

Akta A1103

01-09-2001

23S

Akta A1103

01-09-2001

23T

Akta A1103

01-09-2001

23U

Akta A1103

01-09-2001

23V

Akta A1103

01-09-2001

23W

Akta A1103

01-09-2001

23X

Akta A1103

01-09-2001

23Y

Akta A1103

01-09-2001

23Z

Akta A1103

01-09-2001

23AA

Akta A1103

01-09-2001

23BB

Akta A1103

01-09-2001

23CC

Akta A1103

01-09-2001

23DD

Akta A1103

01-09-2001

23EE

Akta A1103

01-09-2001

Tajuk BAHAGIAN VI

Akta A1103

01-09-2001

24

Akta A1103

01-09-2001

25A

Akta A1103

01-09-2001

26

Akta A1103

01-09-2001

26A

Akta A1103

01-09-2001

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 59

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

26B

Akta A1103

01-09-2001

26C

Akta A1103

01-09-2001

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A1103

01-09-2001

____________

Common questions

What is MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988?
*AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988 is Malaysia Act, cited as Act 343 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.
Is MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 still in force?
Yes — MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 is currently in force.
When did MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 take effect?
MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 was first recorded in 1988.
How many schedules does MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 have?
MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 contains 4 schedules.
Where can I read the official version of MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988?
The official text of MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988 (No. 343)