Malaysia legislation

Section 101

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 101

(a)

mana-mana pejabat di Malaysia bagi mana-mana bank asing berlesen;

(b)

sesuatu pejabat wakilan di Malaysia bagi sesuatu institusi asing;

(c)

sesuatu institusi berlesen yang menjadi subsidiari institusi asing; atau

(d)

sesuatu institusi berlesen yang menjadi sekutu institusi asing, yang ditubuhkan di dalam negara, wilayah atau tempat itu.

(2)

Pada memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Bank boleh mengenakan apa-apa terma, sekatan dan syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), maka peruntukan-peruntukan seksyen 97 tidaklah terpakai berhubungan dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.

(4)

Satu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Bank, diserahsimpan dengan Bank apabila tamatnya pemeriksaan tersebut.

(5)

Bagi maksud-maksud seksyen ini dan seksyen 102, "pihak berkuasa pengawasan yang relevan" ertinya suatu pihak berkuasa yang menjalankan fungsifungsi yang bersamaan dengan fungsi-fungsi Bank di bawah Akta ini, atau mana-mana orang yang menjalankan apa-apa fungsi pengawalseliaan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank selepas mengambil kira representasi-representasi yang dibuat oleh orang itu tentang wajarnya atau perlunya pemeriksaan itu.

Section 101 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989