Malaysia legislation
Section 103
Seksyen 103
(a)
mana-mana peruntukan Akta ini yang diterangkan dalam ruang kedua Jadual Keempat; atau
(b)
apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, atau notis yang diberi, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, atau apa-apa perkara lain bagaimana jua pun dilakukan, pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah, menurut, atau menurut kuasa, mana-mana peruntukan Akta ini yang diterangkan dalam ruang ketiga Jadual Keempat, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan tersebut dan, apabila disabitkan, boleh dihukum penjara tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual Keempat, atau denda tidak melebihi amaun yang diterangkan dalam ruang kelima Jadual Keempat, atau kedua-dua pemenjaraan dan denda tersebut, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan hukuman denda harian tidak melebihi amaun yang diterangkan dalam ruang keenam Jadual Keempat bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan:
Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan perbadanan, hukuman penjara yang diterangkan dalam ruang keempat Jadual Keempat tidaklah terpakai baginya.
(2)
Menteri boleh, atas syor Bank, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Keempat—
(a)
dengan memotong keseluruhan apa-apa butiran di dalamnya, yang berikutan dengan itu peruntukan-peruntukan seksyen 104 hendaklah terpakai bagi kesalahan yang ditentukan dalam butiran itu;
(b)
dengan menambah suatu butiran baru kepadanya dan memperuntukkan dendadenda baginya di bawah ruang kelima dan keenam Jadual itu yang masing-masingnya tidaklah boleh melebihi lima ratus ribu ringgit dan dua ribu ringgit;
(c)
dengan menambahkan atau mengurangkan amaun denda yang, masing-masingnya, diperuntukkan di bawah ruang kelima dan keenam, dengan syarat bahawa agregat pertambahan apa-apa denda dari semasa ke semasa yang masing-masingnya diperuntukkan dalam ruang kelima tidaklah boleh, dalam apa-apa jua hal, melebihi lima ratus ribu ringgit atau, dalam hal denda yang diperuntukkan dalam ruang keenam, melebihi dua ribu ringgit; atau
(d)
untuk membetulkan apa-apa kesilapan dalam ruang kedua atau ketiga Jadual itu.
(3)
Sebutan-sebutan mengenai "Akta ini" dalam seksyen ini tidaklah termasuk apa-apa peraturan, perintah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.