Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
Tiada sèorang pun boleh, dengan niat untuk memperdaya—
(a)
membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;
(b)
meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, apa-apa catatan; atau
(c)
mengubahpinda, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubahpinda, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan.
dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa jua pun dokumen lain, yang berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun, sesuatu institusi berlesen, sesuatu institusi terjadual, sesuatu pejabat wakilan, atau sesuatu institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 93 (1).