Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
untuk membatalkan sesuatu lesen di bawah seksyen 7;
(b)
untuk menghadkan sesuatu lesen di bawah seksyen 8 atau mengubah apa-apa had atau syarat sedemikian di bawahnya; atau
(c)
untuk mengubah atau membatalkan apa-apa syarat, atau mengenakan apa-apa syarat baru, di bawah seksyen 9, selain daripada dengan keizinan bertulis institusi, Menteri hendaklah memberi institusi itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian, dengan menentukan jenis tindakan yang dicadangkan, dan alasan-alasan yang berdasarkannya dia bercadang untuk berbuat demikian, dan memberi institusi itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya kepada Menteri dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam masa empat belas hari dari penyampaian notis itu.
(2)
Selepas habisnya tempoh empat belas hari yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan dengan mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh institusi di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah, atas syor Bank, memutuskan—
(a)
sama ada hendak meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan;
(b)
sama ada tidak hendak mengambil apa-apa tindakan lanjut;
(c)
jika tindakan yang dicadangkan itu ialah untuk membatalkan lesen institusi itu, sama ada hendak sebaliknya menghadkan lesen itu di bawah seksyen 8; atau
(d)
jika tindakan yang dicadangkan itu ialah untuk menghadkan lesen di bawah seksyen 8, atau untuk mengubah apa-apa had di bawah seksyen 8, atau untuk mengubah atau membatalkan syarat, atau mengenakan syarat baru, di bawah seksyen 9, sama ada hendak menghadkan atau mengubah had di bawah seksyen 8, atau hendak mengubah atau membatalkan syarat, atau mengenakan syarat baru, di bawah seksyen 9, dengan cara yang lain.
(3)
Menteri hendaklah memberi institusi itu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (2), dan keputusan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang notis bertulis tersebut disampaikan kepada institusi itu.
(4)
Pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen 7 hendaklah disiarkan dalam Warta dengan seberapa segera yang praktik, tetapi kelengahan dalam menyiarkan sedemikian atau kegagalan untuk menyiarkan sedemikian tidaklah boleh dengan apa-apa jua cara menjejaskan keesahan pembatalan itu.