Malaysia legislation

Section 114

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 114

(a)

Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri;

(b)

Bank;

(c)

mana-mana pegawai atau pekerja mana-mana Kerajaan tersebut atau Bank, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya; atau

(d)

mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang bagi pihak mana-mana Kerajaan tersebut, atau bagi pihak Bank, atau bagi pihak mana-mana pegawai atau pekerja tersebut, sama ada secara peribadi atau atas sifatnya sebagai seseorang yang bertindak bagi pihak yang sedemikian, bagi atau oleh kerana, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan akan, Akta ini, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa-apa jua pun benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan tersebut atau pernyataan tersebut telah dilakukan atau dibuat, atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

( a ) $ ^{o} $ mana-mana anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan itu masing-masing; dan

(b)

Gabenor, Timbalan Gabenor, mana-mana pengarah Bank, mana-mana anggota Panel Penasihat, mana-mana orang yang dilantik oleh Bank menurut seksyen 3 (3) atau seksyen 73 (1) (E) atau (2) (a), dan mana-mana penerima atau pengurus yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi menurut seksyen 73 (2) (b), hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Bank.

(3)

Dalam subseksyen (2) "anggota pentadbiran" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.