Malaysia legislation

Section 116

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 116

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

bagi mengadakan peruntukan mengenai kawalan oleh Bank melalui pengawasan, pengawalseliaan, sekatan, larangan, atau bagaimana jua pun selainnya, mengenai—

(i)

pemerolehan atau pemegangan apa-apa kepentingan dalam syer manamana perbadanan, atau pemerolehan atau pembangunan mana-mana harta tak alih, atau pemerolehan apa-apa kepentingan dalam harta tak alih atau dalam pembangunannya, oleh sesuatu institusi berlesen; atau

(ii)

pemberian apa-apa kemudahan kredit oleh sesuatu institusi berlesen kepada mana-mana orang dengan cara kredit pengguna, atau bagi maksud membiayai kontrak serahan hadapan komoditi, pemerolehan atau pemegangan harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalam harta itu, atau apa-apa syer atau kontrak dalam kredit pengguna dan niagaan ke depan komoditi;

(b)

bagi mengadakan peruntukan mengenai akuan yang akan dibuat, dari semasa ke semasa, oleh tiap-tiap pengarah, pengawal, pegawai, atau orang lain yang bertanggungjawab bagi perniagaan atau halehwal, sesuatu institusi berlesen, atau sesuatu institusi terjadual, atau sesuatu institusi asing (sama ada atau tidak ia telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 21 (1)), atau institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1), kepada mana-mana golongan orang atau mana-mana orang, merupakan suatu golongan atau orang yang berkaitan dengan institusi itu, sebagaimana yang ditentukan dalam peraturan-peraturan—

(i)

mengenai apa-apa kepentingan dalam syer, atau apa-apa jua pun kepentingan atau hak lain, yang dipegang oleh, atau bagi pihak, atau sebagai amanah bagi, pengarah, pengawal, pegawai itu, atau orang lain, atau mana-mana saudaranya, dalam mana-mana perbadanan, atau dalam mana-mana perkongsian, firma atau lain-lain badan yang tak diperbadankan, selain daripada institusi itu;

(ii)

mengenai apa-apa jawatan pengarah atau pengurus, atau kepentingan sebagai ejen, yang dipegang olehnya dalam mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, atau dalam mana-mana ketuanpunyaan tunggal, atau dalam mana-mana badan berkanun, selain daripada institusi itu; atau

(iii)

mengenai apa-apa kategori, kelas atau perihalan lain harta, aset, kepentingan, jawatan, atau kedudukan, yang dipegang olehnya;

(c)

bagi mengadakan peruntukan mengenai penyata atau maklumat, berkala atau selainnya, supaya dibekalkan oleh institusi berlesen, atau institusi terjadual atau institusi asing (sama ada atau tidak ia telah mematuhi kehendak kehendak seksyen 21 (1)), atau institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1);

(d)

bagi mengadakan peruntukan mengenai kawalan iklan-iklan oleh institusi berlesen, atau institusi terjadual atau institusi asing (sama ada atau tidak ia telah mematuhi kehendak kehendak seksyen 21 (1)), atau institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1);

(e)

bagi mengadakan peruntukan mengenai pengenaan kewajipan, liabiliti, tanggung-jawab, sekatan, batasan, larangan atau sanksi, atau pemberian hak, keistimewaan, faedah atau tanggung rugi, kepada pihak-pihak mengenai apa-apa sistem pemindahan wang secara elektronik yang didirikan, atau dikendalikan, di Malaysia;

(f)

bagi mengadakan peruntukan mengenai pendirian, pengendalian, atau pentadbiran, atau apa-apa jua pun perkara lain yang berhubungan dengan sistem pemindahan wang secara elektronik;

(g)

bagi mengadakan peruntukan mengenai borang-borang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;

(h)

bagi mengadakan peruntukan mengenai fee yang dikehendaki dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;

(i)

bagi mengadakan peruntukan mengenai apaapa perkara lain yang dikehendaki oleh manamana peruntukan Akta ini yang akan diperuntukkan oleh peraturan-peraturan.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini mungkin berkaitan dengan semua, atau apa-apa kelas, kategori, atau perihalan orang, dan boleh membuat peruntukan-peruntukan berlainan bagi kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

(4)

Sebutan-sebutan mengenai "Akta ini" dalam seksyen ini tidaklah termasuk apa-apa peraturan, perintah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.