Malaysia legislation
Section 118
Seksyen 118
(a)
/sebagai balasan hal keadaan khas yang berhubungan dengan dokumen-dokumen konstituen mana-mana orang tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang, dan jenis perniagaan yang dijalankan oleh orang tertentu itu, atau oleh kelas, kategori atau perihalan orang itu; dan
(b)
jika dia berpuas hati bahawa ia tidak—
(i)
memudaratkan penggalakan struktur kewangan yang kukuh di Malaysia; dan
(ii)
berlawanan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan orang tertentu itu, atau kelas, kategori atau perihalan orang itu, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Sesuatu pengecualian di bawah subseksyen (1) hendaklah diberi bagi apa-apa jangka masa sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, atau bagi jangka masa wujudnya orang itu, dan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa batasan, sekatan atau syarat yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu.
(3)
Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
(a)
membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan orang tertentu; atau
(ii)
mengecualikan daripada penguat-kuasaan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang, mana-mana orang tertentu yang tergolong dalam kelas, kategori atau perihalan orang itu, jika dia berpuas hati, selepas memberi orang berkenaan peluang untuk didengar, bahawa orang itu tidak mematuhi apa-apa batasan, sekatan atau syarat yang tertakluk kepadanya pengecualian itu telah diberikan, atau bahawa orang itu selainnya tidak lagi layak untuk terus diberikan pengecualian;
(b)
membatalkan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan sesuatu kelas, kategori atau perihalan orang tanpa memberi kepada mana-mana anggota bagi kelas, kategori atau perihalan orang itu peluang untuk didengar, jika dia berpuas hati bahawa ia telah menjadi perlu untuk berbuat demikian bagi menggalakkan struktur kewangan yang kukuh di Malaysia atau bagi perlindungan kepentingan awam; atau
(c)
menambah kepada, memotong daripada, mengubah, menghapuskan, atau selainnya meminda, apa-apa batasan, sekatan atau syarat yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian di bawah subseksyen (1) telah diberikan kepada mana-mana orang, atau kepada mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, atau selainnya meminda mana-mana peruntukan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1):
Dengan syarat bahawa jika apa-apa pindaan sedemikian adalah berkaitan dengan suatu perintah berkenaan dengan seseorang tertentu dan bukan kepada suatu perintah berkenaan dengan sesuatu kelas, kategori atau perihalan orang, dan memudaratkan orang itu, ia hendaklah dibuat hanya selepas peluang diberikan kepada orang itu untuk didengar.
(4)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (3) hendaklah dibentang di hadapan Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang praktik selepas penyiarannya dalam Warta.
(5)
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh memberi kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana orang daripada seksyen 96 atau 97.