Malaysia legislation

Section 119

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 119

(a)

mula mengendalikan apa-apa sistem pemindahan wang secara elektronik; atau

(b)

jika orang itu telah mengendalikan apa-apa sistem pemindahan wang secara elektronik sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, terus mengendalikan sistem tersebut bagi suatu tempoh yang melebihi sembilan puluh hari selepas tarikh berkuatkuasa, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, melainkan jika dia telah mengemukakan untuk kelulusan Bank skim pengendalian bagi sistem itu, dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau lain-lain dokumen yang berhubungan dengan hak, kewajipan dan liabiliti orang-orang yang mengambil bahagian dalam sistem itu, dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Bank untuk mengendalikan sistem itu.

(2)

Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1), Bank boleh menghendaki orang yang meminta kebenaran supaya mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang berhubungan dengan sistem itu atau dengan orang yang meminta kebenaran itu, atau dengan orang-orang yang sedang atau akan mengambil bahagian dalam sistem itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dan boleh juga membuat apa-apa pemeriksaan ke atas premis, kelengkapan, jentera, buku atau lain-lain dokumen, atau akaun dan transaksi, yang berhubungan dengan sistem itu, sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank.

(3)

Bank boleh meluluskan atau menolak sesuatu skim yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau lain-lain dokumen yang berhubungan dengannya dan dikemukakan bersamanya, atau boleh meluluskan skim itu dengan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian dan ubahpindaan kepada skim, atau kepada mana-mana atau kesemua dokumen seperti yang disebut terdahulu yang dikemukakan bersamanya, sebagaimana yang difikirkannya perlu, wajar atau suaimanfaat, dan boleh dalam memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa sekatan, batasan atau syarat yang disifatkannya patut.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kebenaran yang diberikan, atau dalam apa-apa skim atau dokumen yang diluluskan, di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang dibenarkan di bawah subseksyen itu hendaklah mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 116 yang berhubungan dengan pemindahan wang secara elektronik, dan jika ada apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan di antara terma-terma kebenaran itu atau apa-apa jua dalam skim itu atau dalam mana-mana dokumen itu dengan peraturan-peraturan itu, maka peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah terpakai dan mempunyai kuatkuasa dan kesan yang penuh.

(5)

Selagi sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (3) sedang berkuatkuasa, Bank boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa premis, kelengkapan, jentera, buku atau lain-lain dokumen, akaun atau transaksi yang berhubungan dengan sistem itu.

(6)

Bank boleh pada bila-bila masa, selepas memberi orang yang dibenarkan di bawah subseksyen (3) peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi, membatalkan atau menggantung, atau meminda apa-apa jua yang terkandung dalam, sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen itu.

(7)

Dalam membuat apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (6), Bank boleh memasukkan kehendak-kehendak bersifat berbangkit, bersampingan atau berdampingan supaya dipatuhi oleh orang yang kebenarannya dibatalkan atau oleh mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam sistem itu, dan dalam membuat apa-apa penggantungan di bawah subseksyen itu, Bank boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat.

(8)

Mana-mana orang yang kebenarannya dibatalkan atau digantung di bawah subseksyen (6) hendaklah dengan serta-merta sesudah itu berhenti daripada mengendalikan sistem pemindahan wang secara elektronik yang berkenaan dengannya kebenaran telah dibatalkan atau digantung.

(9)

Jika orang yang dibenarkan di bawah subseksyen (3) adalah suatu institusi berlesen, atau suatu institusi terjadual, atau suatu institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1), maka tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh dengan apa-apa jua cara atau sedikit sebanyaknya mengurangkan kuasa-kuasa Bank, atau liabiliti-liabiliti dan obligasi-obligasi institusi, di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini berhubungan dengan aktiviti-aktivitinya di bawah kebenaran tersebut atau bagaimana jua pun selainnya.

Section 119 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989