Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
pembatalan lesen sesuatu institusi di bawah seksyen 7 (2); atau
(b)
pembatalan lesen sesuatu institusi di bawah seksyen 7 (1), atau pengenaan atau pengubahan had ke atas sesuatu institusi di bawah seksyen 8, dalam apa-apa hal yang Menteri fikirkan, atas syor Bank, bahawa lesen patut dibatalkan, atau had patut dikenakan atau diubah, sebagai satu perkara keterdesakan.
(2)
Dalam apa-apa hal yang sedemikian Menteri boleh, melalui notis bertulis kepada institusi, membatalkan lesen, atau mengenakan atau mengubah had itu, dan pembatalan, pengenaan atau pengubahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah berkuatkuasa dari tarikh notis itu disampaikan kepada institusi itu.
(3)
Suatu notis di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan sebab-sebabnya yang Menteri telah bertindak sedemikian.
(4)
Institusi yang kepadanya suatu notis diberikan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, membuat representasi-representasi berkenaan dengannya kepada Menteri dengan mengemukakan representasi-representasi itu kepada Bank.
(5)
Jika representasi-representasi telah dibuat oleh suatu institusi di bawah subseksyen (4), maka Menteri boleh, atas syor Bank, mengesahkan atau menghapuskan tindakan yang diambil olehnya di bawah subseksyen (2), atau membuat pengubahan kepada tindakan yang diambil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 10 (2) (c) dan (d) berkenaan dengan tindakan yang dicadangkan, dan jika dia mengesahkan pembatalan lesen sesuatu institusi di bawah subseksyen (2), maka peruntukan peruntukan seksyen 10 (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.