Malaysia legislation

Section 120

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 120

(2)

Tiada institusi berlesen boleh menjalankan apaapa perniagaan dengan orang awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi institusi berlesen itu di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen (1).

(3)

Sesuatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah semestinya menjadi hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.

(4)

Apa-apa sebutan mengenai hari kelepasan bagi institusi-institusi berlesen, atau bagi apa-apa kelas, kategori atau perihalan institusi berlesen, dalam manamana undang-undang bertulis hendaklah termasuk—

(a)

mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan peruntukan subseksyen (1); dan

(b)

mana-mana hari yang adalah hari kelepasan am mengikut pengertian mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.