Malaysia legislation

Section 121

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 121

(a)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(b)

telah mendapatkan apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya di bawah Akta ini dikompaunkan di bawah seksyen 108, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa kerugian atau kerosakan dari apa-apa sifat atau dalam apa-apa bentuk—

(aa) kepada sesuatu institusi berlesen; atau

(bb) kepada sesuatu institusi terjadual atau institusi tak terjadual, yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah masing-masingnya di bawah seksyen 24 (1) atau seksyen 93 (1).

tidak kira, dalam hal institusi-institusi yang disebut dalam perenggan (bb), sama ada kesalahan itu telah dilakukan, atau kerugian atau kerosakan itu berlaku, sebelum atau selepas mana-mana perintah sedemikian seperti yang disebutkan dalam perenggan (bb) telah dibuat—

(aaa) orang yang disabitkan atas kesalahan itu, atau orang yang kesalahannya telah dikompaunkan di bawah seksyen 108; dan

(bbb) mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi, atau mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa jua cara atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal-ehwal institusi itu, atau mana-mana orang yang sedang membantu dalam pengurusan tersebut, adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi institusi itu secara penuh bagi kerugian atau kerosakan tersebut:

Dengan syarat bahawa seseorang yang disebutkan dalam perenggan (bbb) tidaklah bertanggungan untuk menanggung rugi sedemikian institusi itu jika—

(aaaa) kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujuinya atau dibiarkannya; dan

(bbbb) dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang dia patut telah jalankan, memandang kepada jenis fungsifungsi, kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya atas sifatnya, dan kepada segala hal keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan.

(2)

Jika Bank berpuas hati—

(a)

mengenai maklumat yang diterima olehnya daripada sesuatu institusi yang disebutkan dalam subseksyen (1), atau daripada manamana orang lain yang mempunyai apa-apa urusniaga dengan institusi itu; atau

(b)

selepas sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 69 atau 70, atau sesuatu penyiasatan di bawah Bahagian XI; dan

(c)

selepas apa-apa siasatan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya layak atau patut dibuat, berbangkit daripada maklumat, pemeriksaan atau penyiasatan tersebut, bahawa mana-mana orang adalah bertanggungan di bawah subseksyen (1) untuk menanggung rugi institusi itu bagi apa-apa kerugian atau kerosakan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1), maka ia boleh mengeluarkan suatu perakuan yang menentukan amaun liabiliti tersebut.

(3)

Amaun yang ditentukan dalam sesuatu perakuan di bawah subseksyen (2), dengan apa-apa pengubahan mengenainya di bawah subseksyen (4), di mana-mana berkenaan, hendaklah menjadi hutang sivil yang kena dibayar oleh orang yang terhadapnya perakuan itu dikeluarkan kepada institusi yang menanggung kerugian atau kerosakan, dan boleh dituntut oleh institusi itu melalui prosiding pelaksanaan sivil di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di kawasan terletaknya tempat utama perniagaan, seolah-olah ia suatu penghakiman Mahkamah itu, walaupun amaun yang ditentukan dalam perakuan itu, atau apa-apa perkara yang diuruskan di dalam atau di bawah perakuan itu, adalah melampaui bidang kuasa Mahkamah Sesyen:

Dengan syarat bahawa prosiding tersebut dimulakan dalam Mahkamah itu dalam masa tiga bulan dari tarikh perakuan itu dikeluarkan atau, dalam sesuatu hal di mana subseksyen (4) terpakai, dalam masa tiga bulan selepas penamatan apa-apa prosiding di bawah subseksyen (4) jika prosiding itu mengakibatkan perakuan itu disahkan atau diubah.

(4)

Sesuatu perakuan di bawah subseksyen (2) adalah sah walaupun tiada peluang mungkin telah diberikan kepada orang yang terhadapnya ia dikeluarkan untuk membuat apa-apa representasi, atau didengar, mengenai perkara itu, sebelum ia dikeluarkan, tetapi, dalam hal yang sedemikian, prosiding untuk mendapatkan bayaran berkenaan dengan perakuan di bawah subseksyen (3) tidaklah boleh diambil melainkan jika orang itu telah mula-mulanya diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi kepada Bank berkenaan dengan perkara-perkara yang dimaksudkan oleh perakuan itu, dan jika representasi-representasi itu dibuat, Bank boleh, berbangkit daripadanya, selepas memberi peluang kepada institusi berkenaan untuk didengar atau membuat representasi mengenainya, mengesahkan, mengubah atau membatalkan perakuan itu.

(5)

Sesuatu perakuan di bawah subseksyen (2), dengan apa-apa pengubahan mengenainya di bawah subseksyen (4), hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa amaun yang ditentukan di dalamnya adalah suatu hutang sivil yang kena dibayar oleh orang yang terhadapnya perakuan itu dikeluarkan kepada institusi berlesen yang ditentukan dalam perakuan itu.

(6)

Sesuatu pemberitahuan mengenai sesuatu perakuan di bawah subseksyen (2), dan mengenai apaapa pengubahan atau pembatalannya di bawah subseksyen (4), hendaklah disiarkan dalam Warta dengan seberapa segera yang praktik selepas ia telah dikeluarkan, diubah atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Mulai dari tarikh penyiaran dalam Warta akan pemberitahuan di bawah subseksyen (6) suatu perakuan di bawah subseksyen (2), orang yang terhadapnya perakuan itu dikeluarkan tidaklah boleh menjual, melupuskan, menggadai, menyandarkan, memindah atau selainnya mengurusniagakan, atau melesapkan, atau mengalih dari atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa wang, aset, atau apa-apa jua pun harta lain, kepunyaannya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Bank—

(a)

sehingga habisnya tempoh yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3) bagi permulaan prosiding dalam Mahkamah Sesyen bagi melaksanakan perakuan itu; atau

(b)

jika prosiding dimulakan dalam Mahkamah Sesyen di bawah subseksyen (3) dalam tempoh yang diperuntukkan di dalamnya, sehingga diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.

(8)

Larangan-larangan yang dikenakan di bawah subseksyen (7) ke atas orang yang terhadapnya suatu perakuan di bawah subseksyen (2) dikeluarkan, hendaklah juga terpakai bagi mana-mana orang yang mempuinyai jagaan, kawalan atau milikan ke atas, atau memegang sebagai amanah, apa-apa wang, aset, atau apa-apa jua pun harta lain, kepunyaan orang yang terhadapnya suatu perakuan dikeluarkan.

(9)

Jika prosiding telah dimulakan oleh Bank di bawah subseksyen (2) dan suatu perakuan di bawah subseksyen itu belum lagi dikeluarkan, maka institusi yang menanggung kerugian atau kerosakan yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh, selepas memberi notis bertulis kepada Bank, memulakan prosiding dalam mahkamah berkenaan dengan kerugian atau kerosakan itu, dan jika prosiding itu telah dimulakan sedemikian dalam suatu mahkamah, prosiding di bawah subseksyen (2) hendaklah dengan serta-merta sesudah itu dihentikan dan peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah, selepas itu, terhenti terpakai berhubungan dengan kerugian atau kerosakan sedemikian.

(10)

Jika suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (2), maka institusi yang baginya perakuan itu telah dikeluarkan boleh, sebagai ganti melaksanakan perakuan di bawah subseksyen (3), memulakan (selepas memberi notis bertulis kepada Bank menyatakan niatnya untuk berbuat demikian), dalam tempoh yang diterangkan dalam subseksyen (3), atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah, prosiding dalam mahkamah berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang disebutkan dalam subseksyen (1), dan berikutan dengan itu—

(a)

perakuan sedemikian hendaklah terhenti berkuatkuasa atau mempunyai apa-apa juapun kesan, tetapi tanpa menjejaskan pemberitahuan mengenai pengeluarannya yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen (6), dan larangan di bawah subseksyen (7) dan (8) berhubungan dengannya itu;

(b)

apa-apa prosiding di bawah subseksyen (4) yang mungkin ketika itu belum selesai hendaklah diberhentikan; dan

(c)

mahkamah yang di dalamnya prosiding itu dimulakan boleh, jika difikirkannya adil dan patut berbuat demikian, membuat suatu perintah untuk membatalkan pemberitahuan mengenai pengeluaran perakuan di bawah subseksyen (2) yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen (6), dan dengan serta-merta sesudah itu larangan-larangan di bawah subseksyen (7) dan (8) hendaklah terhenti mempunyai kuatkuasa.

(11)

Sesuatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (10) (c) untuk membatalkan pemberitahuan dalam Warta mengenai pengeluaran suatu perakuan di bawah subseksyen (2), hendaklah disiarkan dalam Warta dengan seberapa segera yang praktik selepas ia dibuat.