Malaysia legislation
Section 123
Seksyen 123
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh dengan apa-apa jua cara menyentuh, atau mengurangkan, peruntukan-peruntukan Akta Kawalan Pertukaran 1953, dan dalam pemakai mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, maka peruntukan-peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta itu dan, oleh yang demikian, sekiranya ada apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan di antara mana-mana peruntukan Akta ini dengan Akta itu, peruntukan-peruntukan Akta itu hendaklah terpakai.