Malaysia legislation

Section 125

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 125

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, atau menurut mana-mana peruntukan Akta ini, tiada kontrak, perjanjian atau perkiraan, yang dibuat berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini boleh menjadi tak sah semata-mata oleh sebab pelanggaran itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa keliabilitian jenayah mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berkenaan dengan pelanggaran itu.