Malaysia legislation
Section 127
Seksyen 127
(2)
Seksyen 2 Akta adalah dipinda—
(a)
dengan memasukan selepas takrif "pendosit" takrif baru yang berikut:
‘penyediaan pembiayaan’ ertinya—
(a)
perniagaan mempakkan atau mensubpakkan harta alih atas sewa-guna bagi maksud penggunaan harta itu oleh penyewa-guna atau mana-mana orang lain dalam apa-apa perniagaan, tred, profesion atau pekerjaan, atau dalam apa-apa jua pun perusahaan komersil, perindustrian, pertanian atau ekonomi lain dan, jika pemberi pajak adalah pemunya harta itu, tidak kira sama ada pempakan itu disertai dengan atau tanpa opsyen untuk membeli harta itu; dan bagi maksud takrif ini, "harta alih" termasuklah apa-apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekapkan atau akan dilekapkan, secara tetap atau selainnya, kepada apa-apa benda yang dipasang pada bumi;
(b)
perniagaan pemerolehan hutanghutang yang kena dibayar kepada mana-mana orang; dan
(c)
perniagaan sewa-beli termasuk perniagaan yang tertakluk kepada Akta Sewa-Beli 1967;'; dan
(b)
dengan memotong perkataan "atau" dalam subperenggan (i) perenggan (b) di dalam takrif "perniagaan kewangan" dan menggantikan tanda koma di hujung subperenggan (ii) dengan perkataan-perkataan "; atau" dan memasukkan selepasitu subperenggan baru yang berikut:
“(iii) penyediaan pembiayaan,“.
(3)
Seksyen 20 Akta adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "chagaran" dalam perenggan (a) subseksyen (2) perkataan-perkataan "dan bagi maksud perenggan ini, apa-apa harta, sama ada alih atau tak alih, termasuk apa-apa hak, kepentingan, tuntutan atau hak dalam tindakan, sama ada terletakhak atau kontingen, berhubungan dengan apa-apa harta, dan apa-apa pemindahhakan yang dilaksanakan bagi memindahhak, menyerahhak atau selainnya memindah atau melupuskan harta tak alih yang mana orang yang melaksanakan pemindahhakan itu adalah tuan punya atau memiliki atau yang di dalamnya dia berhak kepada suatu hak kontingen sama ada bagi keseluruhan kepentingannya atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang, boleh, dijadikan cagaran".
(4)
Pindaan-pindaan kepada Akta yang dibuat di bawah subseksyen (2) dan (3) hendaklah berkuatkuasa, dan hendaklah sentiasanya disifatkan sebagai satu bahagian integral Akta, mulai dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta sehinggalah sebelum sahaja tarikh mula berkuatkuasanya pemansuhan Akta itu di bawah seksyen 128 (1).