Malaysia legislation
Section 128
Seksyen 128
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
semua peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan lainlain perundangan subsidiari, tidak kira bagaimana jua sekalipun dinamakan; dan
(ii)
semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, tidak kira bagaimana jua sekalipun dinamakan, yang dibuat, diberikan, atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta-Akta termansuh itu hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan, atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan-peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini dan hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan penuh berhubungan dengan orang-orang yang kepada mereka Akta-Akta itu terpakai sehinggalah dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan-peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini;
(b)
tiap-tiap garis panduan, pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank atau Menteri kepada bank-bank, syarikat-syarikat kewangan, bank-bank saudagar, syarikat-syarikat diskaun atau broker-broker wang sebelum tarikh berkuatkuasa, dan berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan menurut undang-undang di bawah sek-syen 126 berhubungan dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diuruskan dalam garis panduan, pekeliling atau arahan itu, dan hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan penuh sehinggalah ia dipinda, dihapuskan, atau digantikan di bawah Akta ini;
(c)
apa-apa permohonan bagi sesuatu lesen, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud lain, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada Bank di bawah mana-mana satu Akta termansuh itu sebelum tarikh berkuatkuasa, dan belum diputuskan sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, hendaklah, jika ada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah ia telah dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada peruntukan bersamaan yang sedemikian dalam Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh berkuatkuasa; dan
(d)
segala transaksi atau urusniaga yang dilaksanakan atau dibuat menurut undang-undang, dan segala perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut mana-mana Akta termansuh oleh seseorang yang telah dilesenkan di bawah Akta termansuh itu masing-masing dan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan berkenaan dengan suatu perniagaan yang bersamaan di bawah Akta ini, dengan mana-mana pendeposit atau lain-lain pelanggan, pemiutang, penghutang, atau lain-lain orang, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dibuat, atau dilakukan menurut undang-undang dan secara sah, di bawah dan mengikut Akta ini, dan, dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urusniaga atau perniagaan yang ada, sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, hendaklah disifatkan terus sah dan menurut undang-undang di bawah Akta ini.