Malaysia legislation

Section 129

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 129

(a)

sesuatu perbadanan oleh Menteri di bawah seksyen 3 (4) Akta Bank 1973 yang dimansuhkan yang membenarkannya menjalankan perniagaan bank di bawah Akta itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4) untuk menjalankan perniagaan bank dan hendaklah—

(i)

dalam hal sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 3 (4) tersebut kepada sesuatu perbadanan yang adalah suatu syarikat awam sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, terus sah selama tempoh enam bulan dari·tarikh berkuatkuasa; dan

(ii)

dalam hal sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 3 (4) tersebut kepada sesuatu perbadanan yang, sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, adalah suatu bank yang ditubuhkan di luar Malaysia, terus sah selama tempoh lima tahun dari tarikh berkuatkuasa, atau bagi apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh lima tahun tersebut melalui notis bertulis kepada bank itu atas permohonan bank tersebut; atau

(b)

sesuatu syarikat awam oleh Menteri di bawah seksyen 7 (3) Akta Syarikat Kewangan 1969 yang dimansuhkan yang membolehkannya menjalankan perniagaan kewangan di bawah Akta itu, hendaklah disifatkan telah diberikan di bawah seksyen 6 (4) untuk menjalankan perniagaan syarikat kewangan dan hendaklah terus sah selama tempoh enam bulan dari tarikh berkuatkuasa.

(2)

Sesuatu lesen seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1) (a) (i) atau (b) hendaklah diserahkan balik oleh pemegang lesen sebelum habisnya tempoh enam bulan yang disebutkan di dalamnya itu, dan berikutan dengan itu Menteri hendaklah memberi kepada pemegang itu suatu lesen di bawah seksyen 6 (4), dengan atau tanpa syarat—

(a)

dalam hal penyerahan balik sesuatu lesen seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1) (a) (i), untuk menjalankan—

(i)

jika pemegang itu suatu bank, perniagaan bank; atau

(ii)

jika pemegang itu suatu bank saudagar, perniagaan bank saudagar; dan

(b)

dalam hal penyerahan balik sesuatu lesen seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1) (b), untuk menjalankan perniagaan syarikat kewangan.

(3)

Sesuatu lesen seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1) (a) (ii) hendaklah diserahkan balik oleh pemegang lesen sebelum habisnya tempoh keesahan lesen itu di bawah subseksyen (1) (a) (ii), dan jika sebelum penyerahan balik itu pemegang telah, tertakluk kepada seksyen 49, memindahkan harta, perniagaan dan liabilitinya kepada suatu syarikat awam, syarikat awam itu hendaklah, atas permohonan kepada Menteri dan apabila lesen itu diserahkan balik oleh pemegang, diberikan suatu lesen di bawah seksyen 6 (4), dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan perniagaan bank.

(4)

Sesuatu lesen di bawah seksyen 6 (4) yang diberikan menurut penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah berkuatkuasa dari tarikh penyerahan balik itu.

(5)

Sepanjang tempoh di antara tarikh berkuatkuasa dan tarikh penyerahan balik lesen mengikut subseksyen (2) atau (3), sebagaimana yang terpakai, (termasuk kedua-dua tarikh itu), lesen itu hendaklah—

(a)

terus tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada yang terpakai baginya sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, dengan syarat-syarat itu disifatkan dikenakan di bawah Akta ini berkenaan dengan lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4);

(b)

tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini yang terpakai bagi lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4); dan

(c)

tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan lain yang boleh dikenakan menurut Akta ini, seolah-olah ia adalah suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4).

(6)

Jika apa-apa lesen tidak diserahkan balik kepada Bank dalam tempoh yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau (3), sebagaimana yang terpakai, maka lesen itu hendaklah, apabila habisnya tempoh itu, disifatkan sebagai terbatal dan peruntukan-peruntukan seksyen 13 hendaklah terpakai berhubungan dengan pembatalan tersebut mengikut cara yang sama seperti yang terpakai bagi pembatalan lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4).

Section 129 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989