Malaysia legislation

Section 12

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 12

(2)

Penyerahan balik itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh Bank menerima lesen dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh terkemudian ditentukan dalam notis itu, maka pada tarikh terkemudian itu.

(3)

Penyerahan balik sesuatu lesen hendaklah menjadi tak boleh batal melainkan jika ia dinyatakan akan berkuatkuasa pada suatu tarikh terkemudian dan sebelum tarikh tersebut Bank melalui notis bertulis kepada institusi itu membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik.

(4)

Bank hendaklah menyiarkan dalam Warta dengan seberapa segera yang praktik suatu notis mengenai tiap-tiap penyerahan balik lesen di bawah seksyen ini, tetapi kelengahan dalam menyiarkan notis sedemikian atau kegagalan untuk menyiarkannya tidaklah boleh menjejaskan keesahan penyerahan balik itu.

Section 12 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989