Malaysia legislation

Section 13

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 13

Jika pembatalan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 (4) telah berkuatkuasa, atau suatu had ke atas jangka masanya di bawah seksyen 8 telah tamat, atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 12 telah berkuatkuasa, maka institusi yang kepadanya lesen telah diberikan hendaklah dengan serta-merta sesudah itu berhenti menjalankan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen telah diberikan:

Dengan syarat bahawa jika institusi itu terus wujud sebagai suatu perbadanan selepas pembatalan itu berkuatkuasa Menteri boleh, atas syor Bank, secara bertulis membenarkan institusi itu menjalankan apaapa aktiviti bagi apa-apa jangka masa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal-ehwalnya atau bagi maksud-maksud yang benefisial kepada pendepositpendepositnya, pelanggan-pelanggan atau pemiutangpemiutangnya yang lain.