Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Subs. by A A 954
(a)
selaku suatu syarikat, wang modalnya yang tak tercacat oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum wang modal;
(b)
selaku suatu syarikat asing—
(i)
wang modalnya yang tak tercacat oleh kerugian adalah kurang daripada amaun minimum wang modal; dan
(ii)
wang kerja bersihnya di Malaysia yang tak tercacat oleh kerugian adalah kurang daripada amaun minimum wang kerja bersih; atau
(c)
tertakluk kepada subseksyen (3), ia dipunyai atau dikuasai secara langsung atau secara tak langsung oleh suatu kerajaan asing atau suatu agensi kerajaan itu.
(2)
Tiap-tiap institusi berlesen hendaklah menyenggarakan suatu amaun minimum wang modal atau suatu amaun minimum wang kerja bersih, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika amaun minimum itu dinaikkan pada bila-bila masa, institusi berlesen itu hendaklah menyenggarakan amaun dinaikkan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang membuat kenaikan itu, dan tempoh yang dinyatakan sedemikian tidak-lah boleh kurang daripada tiga bulan.
(3)
Jika Menteri berpuas hati bahawa sesuatu institusi berlesen telah dipunyai atau dikuasai secara langsung atau secara tak langsung oleh suatu kerajaan asing atau suatu agensi kerajaan itu, maka Menteri boleh membenarkan institusi itu terus memegang lesennya bagi apa-apa tempoh atau tempoh-tempoh sementara dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau syarat-syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri bagi maksud-maksud penggulungan perniagaannya di Malaysia atau membolehkan kerajaan asing itu atau agensi kerajaan itu melepaskan dirinya daripada pemunyaan atau penguasaan ke atas institusi itu.