Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
tiada seorang pun, yang bukannya suatu institusi berlesen, boleh memakai atau menggunakan perkataan-perkataan "bank", "syarikat pengambilan deposit", "syarikat kewangan", "bank saudagar", "syarikat diskaun", "broker wang", atau "broker pertukaran asing", mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada perkataan-perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan sedemikian, berhubungan dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, kertas surat, notis, iklan, atau dengan apa-apa jua pun cara lain;
(b)
tiada institusi boleh selepas ini diberikan lesen di bawah seksyen 6 (4) untuk menjalankan perniagaan di bawah suatu nama yang termasuklah—
(i)
perkataan "Negara", "Komanwel", "Persekutuan" sebagai kata sifat, "Persekutuan", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Kebangsaan", "Rizab" atau "Negeri", atau apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai, atau yang menunjukkan pengertian yang serupa dengan pengertian bagi, mana-mana perkataan di atas; atau
(ii)
perkataan "Islam" atau "Muslim", atau apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa institusi itu menjalankan perniagaan bank Islam.
(2)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana persatuan mana-mana institusi berlesen atau bagi mana-mana persatuan mana-mana pekerja dalam mana-mana institusi atau institusi-institusi itu.