Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Tiap-tiap institusi berlesen hendaklah pada setiap masa melekatkan atau mengecatkan, dan memastikan dilekatkan atau dicatkan, di luar setiap pejabatnya pada tempat yang terang dan mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Bank, namanya dan perkataan-perkataan "bank berlesen", "syarikat kewangan berlesen", "bank saudagar berlesen", "syarikat diskaun berlesen", "broker wang berlesen" atau "broker pertukaran asing berlesen", mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa perkataan lain yang jelas menunjukkan perniagaan yang baginya ia dilesenkan.