Malaysia legislation

Section 20

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 20

(a)

selepas tarikh berkuatkuasa, mengadakan suatu pejabat wakilan di Malaysia melainkan jika ia telah pertamanya—

(i)

mendapat kelulusan bertulis daripada Bank untuk mengadakan pejabat wakilan itu; dan

(ii)

mematuhi kehendak-kehendak seksyen 21 (1); atau

(b)

jika pejabat wakilan itu telah diadakan di Malaysia sebelum tarikh berkuatkuasa, terus menyenggarakan pejabat wakilan itu, melainkan jika dalam masa sembilan puluh hari selepas tarikh berkuatkuasa itu ia telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 21 (1).

dan telah mendapat suatu pengakuan bertulis daripada Bank berkenaan dengan pematuhan tersebut.

(2)

Tiada institusi asing boleh, menerusi pejabat wakilannya, atau bagaimana jua pun selainnya, menjalankan apa-apa perniagaan yang disebutkan dalam seksyen 4 atau mana-mana perniagaan terjadual di Malaysia.

(3)

Tertakluk kepada larangan di bawah subseksyen (2), sesuatu institusi asing boleh menjalankan, menerusi pejabat wakilannya atau bagaimana jua pun selainnya, hanyalah aktiviti-aktiviti atau perniagaanperniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.