Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Tiap-tiap institusi terjadual, dan tiap-tiap institusi asing yang tertakluk kepada seksyen 20 (1), hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas apa-apa pindaan atau ubahpindaan dibuat kepada mana-mana dokumen konstituennya, mengemukakan kepada Bank butir-butir bertulis mengenai pindaan atau ubahpindaan sedemikian sebagaimana yang ditentusahkan dengan sempurnanya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah institusi itu.