Malaysia legislation

Section 23

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 23

Tiada seorang pun, yang bukannya seseorang yang disebut di dalam seksyen 19 (2), boleh memakai atau menggunakan perkataan-perkataan "kredit bangunan", "persatuan pembinaan", "kad caj", "kad kredit", "tanda kredit", "pembiyaan pembangunan", "pemfaktoran" "pemajakan" atau "cek kembara" atau apa-apa terbitan daripada perkataan-perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan sedemikian berhubungan dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian pada apa-apa kepala bil, kertas surat, notis, iklan, atau dengan apa-apa jua pun cara lain melainkan jika ia adalah suatu institusi terjadual yang, atau dalam hal seseorang yang menjalankan suatu perniagaan terjadual sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, dalam masa sembilan puluh hari selepas tarikh berkuatkuasa, telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 21 (1) dan telah mendapat suatu pengakuan bertulis daripada Bank berkenaan dengannya.