Malaysia legislation

Section 25

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 25

(2)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan penuh walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dan, khususnya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta Syarikat 1965 berkenaan dengan perbadanan peminjam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 4 Akta tersebut.

Menerima, mengambil atau menyetuju-terima deposit yang dilarang, kecuali di bawah dan mengikut lesen sah yang diberi-kan di bawah seksyen 6 (4).

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, takrif "deposit" dalam seksyen 2 adalah diubahsuai—

(a)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "yang diterima atau dibayar" dengan perkataan-perkataan "atau apa-apa logam berharga, atau apa-apa batu berharga, atau apa-apa artikel yang terdiri daripada, sebahagiannya atau keseluruhannya, apa-apa logam berharga atau batu berharga, atau apa-apa artikel atau benda lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank, yang diterima, dibayar atau diserahkan"; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan perkataan "akan dibayar balik", "boleh dibayar balik", "pembayaran balik" dan "membuat pembayaran" masing-masingnya perkataan-perkataan "atau dikembalikan", "atau boleh dikembalikan", "atau pengembalian" dan "atau penyerahan".