Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Tiada seorang pun, selain daripada suatu bank berlesen, syarikat kewangan berlesen, bank saudagar berlesen atau syarikat diskaun berlesen, boleh menerbitkan atau menyiarkan, atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan atau menyiarkan, iklan yang mengandungi—
(a)
suatu pelawaan untuk membuat deposit atau mengikat atau menawar untuk mengikat apaapa perjanjian untuk membuat deposit; atau
(b)
maklumat yang bermaksud atau yang mungkin semunasabahnya dianggap bermaksud membawa secara langsung atau secara tak langsung kepada pembuatan deposit:
Dengan syarat bahawa larangan di atas tidaklah terpakai bagi penyiaran oleh mana-mana orang akan apa-apa iklan untuk atau bagi pihak sesuatu institusi berlesen seperti yang disebutkan di atas.