Malaysia legislation

Section 2

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 2

(a)

suatu perbadanan, ertinya pemegang syer; dan

(b)

suatu perkongsian, ertinya pekongsi;

“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;

"Bank" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Ordinan;

“bank” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan bank;

"bank asing berlesen" ertinya mana-mana bank berlesen yang ditubuhkan di luar Malaysia;

“bank berlesen” ertinya bank yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

"bank Islam" ertinya bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983;

"bank saudagar" ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan bank saudagar;

"bank saudagar berlesen" ertinya bank saudagar yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

"berkaitan", berhubungan dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 Akta Syarikat 1965;

"broker wang" ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan pembrokeran wang;

"broker wang berlesen" ertinya broker wang yang dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

“deposit” ertinya sejumlah wang yang diterima atau dibayar atas terma-terma—

(a)

yang di bawahnya ia akan dibayar balik, dengan atau tanpa bunga atau dengan premium atau diskaun; atau

(b)

yang di bawahnya ia boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang, dan pembayaran balik itu adalah sama ada bila dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu dan orang yang menerimanya, tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan belian semula, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—

(A)

sebagai pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak bagi penjualan, penyewa-gunaan atau lain-lain penyediaan harta atau perkhidmatan, dan hanya boleh dibayar balik sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa-guna atau selainnya disediakan;

(B)

sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang mungkin berbangkit daripada ketaklaksanaan suatu kontrak;

(C)

tanpa menjejaskan perenggan (B), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau perkembalian apa-apa harta, sama ada dalam keadaan baik yang tertentu atau selainnya; dan

(D)

dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual Pertama;

"ditentukan", jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang-orang yang berlainan atau kelas-kelas, kategori-kategori atau perihalan-perihalan orang yang berlainan;

“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa membuat peruntukan-peruntukan berlainan dalam perintah itu, atau mengikut penetapan cara lain, bagi orang-orang, kelaskelas, kategori-kategori atau perihalan-perihalan orang yang berlainan;

“ditubuhkan”,berhubungan dengan—

(a)

suatu perbadanan, ertinya diperbadankan;

(b)

suatu badan berkanun, ertinya ia mula wujud di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;

(c)

suatu koperasi, ertinya didaftarkan;

(d)

suatu perkongsian, ertinya pembentukannya;

(e)

suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya permulaan perniagaannya; atau

(f)

mana-mana individu, badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, yang menghendaki pendaftaran atau bentuk perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum ia boleh menurut undang-undang memulakan aktivitinya, ertinya pendaftaran, perekodan atau pengiktirafannya di bawah undang-undang bertulis itu;

“dokumen” termasuklah—

(a)

apa-apa huruf, angka, cap, simbol, isyarat, inskripsi, tulisan, tanda, karikatur, gambar, lukisan, atau apa-apa jua pun gambaran lain dalam apa-apa bentuk; dan

(b)

apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imajan pegun atau bergerak), apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronic, magnetik, mekanikal atau apa-apa jua pun rakaman lain, dan bagaimana jua pun dibuat, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel;

“dokumen konstituen”, berhubungan dengan suatu institusi, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau suratcara lain, yang di bawahnya atau dengannya institusi itu ditubuhkan dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan skop fungsi, perniagaan, kuasa dan tugasnya ada diterangkan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

“harta”ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang ke atasnya orang itu berhak mendapat hak kontingen, sama ada bagi seluruh kepentingan atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur dan kumpulan wang;

(d)

apa-apa suratcara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang,cek dan perakuan deposit boleh niaga;

(e)

apa-apa gadai-janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, gerenti, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, akujanji atau lain-lain cara menjaminkan pembayaran atau penunaian sesuatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen; dan

(f)

apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;

“iklan” ertinya penyibaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa-apa cara atau mengikut apa-apa bentuk, termasuk dengan cara—

(a)

penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau majalah berkala lain;

(b)

peragaan poster atau notis;

(c)

pekeliling, surat sibaran, brosur, risalah, buku atau dokumen lain;

(d)

surat yang dialamatkan kepada individu-individu atau badan-badan;

(e)

fotograf atau filem sinematograf; dan

(f)

penyiaran bunyi, televisyen atau media elektronik yang lain;

"individu" ertinya orang sebenar;

“institusi asing”ertinya seseorang, yang bukan suatu institusi berlesen atau suatu institusi terjadual, yang menjalankan apa-apa perniagaan di luar Malaysia yang bersamaan, atau yang serupa, dengan perniagaan mana-mana institusi berlesen atau terjadual, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pejabat wakilan;

“institusi berlesen” ertinya mana-mana institusi yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

“institusi tak terjadual” ertinya—

(a)

mana-mana badan berkanun; atau

(b)

mana-mana orang, selaku seorang individu, atau suatu badan atau organisasi, yang bukan suatu badan berkanun, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, sama ada dilesenkan, didaftarkan atau diberikuasa ataupun tidak di bawah mana-mana undangundang bertulis, yang tidak kena dilesenkan di bawah Akta ini, atau yang tidak tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian III;

“institusi tempatan berlesen” ertinya mana-mana institusi berlesen yang ditubuhkan di Malaysia;

“institusi terjadual” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan terjadual tetapi tidak termasuk suatu koperasi, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, bank berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau bank saudagar berlesen, yang menjalankan suatu perniagaan terjadual;

"juruaudit syarikat diluluskan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

“kemudahan kredit” ertinya—

(a)

pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau tidak kira dengan apa jua namanya disebut yang menurutnya orang yang diberi pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain itu mempunyai akses, secara langsung atau secara tak langsung, pada wang orang yang memberinya;

(b)

pemberian suatu jaminan berhubungan dengan obligasi-obligasi mana-mana orang; atau

(c)

apa-apa urusniaga atau transaksi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;

"kepentingan dalam suatu syer" hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6A (2) hingga (10) termasuk kedua-duanya dalam Akta Syarikat 1965 yang dibaca dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang berikut kepadanya:

(a)

penggantian perkataan-perkataan "otherwise than" dalam perenggan (d) subseksyen (6) seksyen tersebut dengan perkataan "including"; dan

(b)

pemotongan perenggan (b) subseksyen (9) seksyen tersebut, dan, bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa "kepentingan dalam suatu syer" termasuklah pemunyaan di sisi undang-undang akan sesuatu syer;

"kerajaan asing" ertinya kerajaan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

“ketua eksekutif”, berhubungan dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang atau beberapa orang lain, adalah bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa pengarah-pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran institusi itu;

"koperasi" ertinya suatu koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948, atau Ordinan Koperasi Sabah, atau Ordinan Koperasi Sarawak, suatu pertubuhan peladang yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 atau suatu persatuan nelayan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971;

"lesen" ertinya lesen yang diberikan atau disifatkan diberikan di bawah seksyen 6 (4);

"liabiliti" termasuklah hutang, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap jenis, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen;

“mata wang asing” ertinya apa-apa mata wang selain daripada mata wang Malaysia;

"Menteri" ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

"orang" termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan;

"Ordinan" ertinya Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;

"Panel Penasihat" ertinya Panel Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 31A (2) Ordinan;

"pegawai", berhubungan dengan sesuatu institusi, termasuklah mana-mana pekerja dan ketua eksekutif institusi itu;

"pejabat" termasuklah tempat utama perniagaan, suatu cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang diadakan dan disenggarakan hanya bagi suatu tempoh terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;

"pejabat wakilan" ertinya pejabat di Malaysia bagi suatu institusi asing;

“pemindahan wang secara elektronik” ertinya apaapa pemindahan wang (selain daripada suatu transaksi yang bermula dengancek, draf atau suratcara yang serupa itu) yang dimulakan, digerakkan atau dilancarkan, tidak kira di peringkat mana ia dimulakan, digerakkan atau dilancarkan, menerusi suatu terminal elektronik, alat telefon atau pita komputer atau pita magnetik atau peranti penstoran lain supaya dapat memerintahkan, mengarahkan atau memberikuasa mana-mana orang mendebitkan atau mengkreditkan sesuatu amaun, dan termasuklah pemindahan di tempat jualan, deposit langsung atau pengeluaran wang, transaksi mesin juruwang automatik, dan pemindahan yang dimulakan, digerakkan, dilancarkan atau dihantar melalui telefon;

“pendeposit” ertinya seseorang yang berhak kepada pembayaran balik suatu deposit, sama ada dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain;

“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang menjawat jawatan pengarah, tidak kira dengan apa jua namanya disebut dan, khususnya, tanpa menjejaskan yang disebut di atas, dalam hal—

(a)

suatu perbadanan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

(b)

suatu koperasi, ertinya seorang anggota lembaga, atau badan pengelola lain, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut, bagi koperasi itu;

(c)

suatu badan berkanun, ertinya seorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut, bagi badan berkanun itu;

(d)

suatu perkongsian, ertinya seorang pekongsi;

(e)

suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal; dan

(f)

mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, ertinya mana-mana orang yang mengarah dan mengawal pengurusan hal-ehwal atau perniagaannya;

"pengawal", berhubungan dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang yang—

(a)

mempunyai kepentingan lebih daripada lima puluh peratus daripada syer institusi itu;

(b)

mempunyai kuasa melantik atau menyebabkan dilantik sebilangan besar pengarah institusi itu; atau

(c)

mempunyai kuasa membuat atau menyebabkan dibuat, keputusan-keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran institusi itu, dan melaksanakan keputusan-keputusan tersebut atau menyebabkan keputusan-keputusan tersebut dilaksanakan, dan perkataan "kawalan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“pengurus”, berhubungan dengan sesuatu institusi, ertinya seorang pegawai institusi, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang bertanggungjawab bagi suatu pejabat institusi, atau bagi suatu jabatan atau bahagian institusi atau bagi suatu jabatan atau bahagian pejabatnya;

“penyediaan pembiayaan” termasuklah—

(a)

pemberian pinjaman wang;

(b)

perniagaan pemajakan;

(c)

perniagaan pemfaktoran;

(d)

pembelian bil pertukaran, nota janji hutang, perakuan deposit, debentur atau suratcara boleh niaga lain; dan

(e)

penyetujuterimaan atau penjaminan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan mana-mana orang;

"perbadanan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

“perbadanan sekutu”ertinya perbadanan di mana tidak kurang daripada dua puluh peratus tetapi tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada syer-syer perbadanan itu dipegang oleh suatu perbadanan lain, dengan perbadanan yang mula-mula disebut itu menjadi perbadanan sekutu bagi perbadanan yang lain itu;

"perjanjian" ertinya perjanjian sama ada formal atau tak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

"perkiraan" ertinya perkiraan sama ada formal atau tak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perniagaan bank” ertinya—

(a)

perniagaan—

(i)

menerima deposit atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa itu;

(ii)

membayar atau memungutcek-cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan-pelanggan; dan

(iii)

menyediakan pembaiyaan; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

"perniagaan bank saudagar" ertinya—

(a)

perniagaan—

(i)

menerima deposit atas akaun deposit; dan

(ii)

menyediakan pembaiyaan; dan

(b)

perniagaan—

(i)

mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan perkara-perkara corporat dan pelaburan; atau

(ii)

membuat atau menguruskan pelaburan bagi pihak mana-mana orang; atau

(c)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

“perniagaan berlesen” ertinya perniagaan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

"perniagaan kredit bangunan" ertinya—

(a)

perniagaan mengadakan apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang bagi maksud nyata mengenai—

(i)

pembelian harta tak alih; atau

(ii)

pembinaan, pembinaan semula atau renovasi apa-apa bangunan atau struktur lain, bagi maksud-maksud kediaman, komersil atau perindustrian; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

24

“perniagaan pemajakan” ertinya—

(a)

perniagaan mempakkan atau mensubpakkan harta alih atas sewa-guna bagi maksud penggunaan harta itu oleh penyewa-guna atau mana-mana orang lain dalam apa-apa perniagaan, tred, profesion atau pekerjaan atau dalam apa-apa jua pun perusahaan komersil, perindustrian, pertanian atau ekonomi lain dan, jika pemberi pajak adalah pemunya harta itu, tidak kira sama ada pempakan itu disertai dengan atau tanpa opsyen untuk membeli harta itu, tetapi tidak termasuk perniagaan sewa-beli yang tertakluk kepada Akta Sewa-Beli 1967; dan bagi maksud takrif ini, "harta alih" termasuklah apa-apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekapkan atau akan dilekapkan, secara tetap atau selainnya, pada apa-apa benda yang dipasang pada bumi; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

"perniagaan pembiayaan pembangunan" ertinya—

(a)

perniagaan mengadakan modal atau kemudahan kredit lain atas terma-terma yang akan menghendakinya supaya digunakan bagi pembangunan perindustrian, pertanian, komersil atau pembangunan ekonomi lain; dan bagi maksud takrif ini, "pembangunan" termasuklah bermulanya apa-apa usaha perindustrian, pertanian, komersil baru atau usaha ekonomi lain atau pengembangan atau pembaikan apa-apa usaha sedemikian yang sedia ada; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

"perniagaan pembrokeran wang" ertinya perniagaan mengaturkan transaksi-transaksi di antara pembeli dan penjual dalam pasaran wang atau pertukaran asing sebagai suatu perantaraan dengan balasan fee brokeraj yang dibayar atau akan dibayar, tetapi tidak termasuk pembelian atau penjualan mata wang Malaysia atau mata wang asing sebagai prinsipal dalam pasaran-pasaran sedemikian;

“perniagaan pemfaktoran” ertinya

(a)

perniagaan memperolehi hutang yang kena dibayar kepada mana-mana orang; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

"perniagaan syarikat diskaun" ertinya—

(a)

perniagaan—

(i)

menerima deposit atas akaun deposit; dan

(ii)

pelaburan apa-apa deposit dan wangwang lain institusi dalam sekuriti-sekuriti Kerajaan Malaysia, bil-bil Perbendaharaan atau apa-apa pelaburan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank; atau

(b)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh bank, dengan kelulusan Menteri;

"perniagaan syarikat kewangan" ertinya—

(a)

perniagaan menerima deposit atas akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa itu; dan

(b)

(i)

pemberian pinjaman wang;

(ii)

perniagaan pemajakan; atau

(iii)

perniagaan sewa-beli, termasuk perniagaan yang tertakluk kepada Akta Sewa-Beli 1967; atau

(c)

apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri;

“perniagaan tanda kredit” ertinya apa-apa perniagaan di mana suatu tanda, iaitu suatu kad,cek, baucar, kupon, setem, borang, buku kecil atau lain-lain dokumen atau benda diberikan atau dikeluarkan kepada seseorang (dalam takrif ini disebut “pelanggan”) oleh orang yang menjalankan perniagaan itu (dalam takrif ini disebut “pengeluar”) yang menurutnya pengeluar itu mengakujanji—

(a)

bahawa, apabila tanda itu dikemukakan (sama ada atau tidak sesuatu tindakan lain juga dikehendaki), pengeluar akan membekalkan wang tunai, barang atau perkhidmatan atas kredit; atau

(b)

bahawa jika, apabila tanda itu dikemukakan kepada suatu pihak ketiga (sama ada atau tidak apa-apa tindakan lain juga dikehendaki), pihak ketiga itu membekalkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan, pengeluar akan membayar pihak ketiga bagi kesemuanya (sama ada atau tidak dengan memotong apa-apa diskaun atau komisen), sebagai balasan bagi pembayaran yang akan dibuat selepas itu kepada pengeluar oleh pelanggan itu, dan bagi maksud-maksud takrif ini, penggunaan suatu tanda untuk mengendalikan mesin yang disediakan oleh pengeluar atau oleh pihak ketiga hendaklah diambil kira sebagai pengemukaan tanda itu kepada orang yang menyediakan mesin tersebut;

"perniagaan terjadual" ertinya apa-apa perniagaan yang ditentukan dalam Jadual Ketiga;

“premis” termasuklah apa-apa tanah, bangunan, struktur atau tempat;

“saudara”,berhubungan dengan seseorang,erti nya—

(a)

suami atau isteri orang itu;

(b)

abang atau àdik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan orang itu;

(c)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan kepada suami atau isteri orang itu;

(d)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu;

(f)

suami atau isteri kepada mana-mana orang yang disebutkan dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e);

(g)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (b), (c) atau (f);

(h)

mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada orang itu atau kepada suami atau isteri orang itu; atau

(i)

mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, orang yang disebutkan dalam perenggan (h);

sekurin ...

“sekutu perniagaan” seseorang termasuklah—

(a)

seorang jurubank, akauntan, juruaudit, peguambela, penerima namaan atau orang lain yang diambil kerja atau dilantik oleh orang itu pada bila-bila masa sebelum atau selepas tarikh berkuatkuasa;

(b)

mana-mana institusi yang orang itu adalah seorang pengarah, dan mana-mana pengarah lain institusi itu;

(c)

jika orang itu adalah suatu perbadanan—

(i)

mana-mana pengarah perbadanan itu;

(ii)

mana-mana perbadanan sekutu atau berkaitan bagi perbadanan itu; dan

(iii)

mana-mana sekutu perniagaan bagi perbadanan sekutu atau berkaitan sebagaimana yang disebutkan dalam subperenggan (ii);

(e)

mana-mana orang yang berhutang dengan orang itu;

(d)

mana-mana orang yang memiliki apa-apa harta kepunyaan orang itu;

(f)

mana-mana orang yang mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, urusniaga, hal-ehwal atau harta orang itu; dan

(g)

mana-mana orang yang bertindak bersama-sama dengan orang itu;

"subsidiari" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965; "suratcara ---

"syarikat" mempunyai erti yang diberikan kepada nya oleh Akta Syarikat 1965;

"syarikat asing" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

"syarikat awam" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

"syarikat diskaun" ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan syarikat diskaun;

"syarikat diskaun berlesen"ertinya syarikat diskaun yang dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

“syarikat kewangan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan syarikat kewangan;

"syarikat kewangan berlesen" ertinya syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah seksyen 6 (4);

"syarikat pegangan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965;

"syarikat pelaburan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 319 Akta Syarikat 1965;

"syarikat perbankan dan kewangan". . .

"syer", berhubungan dengan suatu perbadanan, ertinya syer terbitan perbadanan itu dan termasuklah saham kecuali jika perbezaan antara saham dan syer ada dinyatakan atau disiratkan;

“tarikh berkuatkuasa” ertinya tarikh atau tarikh tarikh relevan, mengikut mana yang berkenaan, yang diberitahu oleh Menteri di bawah seksyen 1;

“terminal elektronik” ertinya peranti elektronik, selain daripada telefon yang dikendalikan oleh manamana orang, yang menerusinya seseorang boleh memulakan suatu pemindahan wang secara elektronik, dan termasuklah terminal di tempat jualan, mesin juruwang automatik, dan mesin pengeluar wang tunai;

"wang kerja bersih", berhubungan dengan bank asing berlesen, ertinya apa-apa liabiliti bersih bank itu di luar Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dan dihitung mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

"wang modal" ertinya modal berbayar dan rizab, dan termasuklah, bagi maksud-maksud seksyen 37 dan 61, keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada manamana kelas, kategori atau perihalan lain modal sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Bagi maksud takrif "saudara" dalam subseksyen (1)—

(a)

pengangkatan mana-mana orang oleh seorang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana kelas orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan di antara pengangkat dengan orang angkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian-pertalian lain yang berhubungan dengannya itu hendaklah diputuskan dengan sewajarnya; dan

(b)

sebutan-sebutan di dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika relevan, pertalian seibu atau sebapa.

(3)

Bagi maksud-maksud Akta ini—

(a)

"orang-orang yang bertindak bersama-sama" ertinya orang-orang yang telah membuat perjanjian atau perkiraan untuk—

(i)

memperolehi secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer suatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan tersebut; atau

(ii)

bertindak secara bersesama bagi maksud menjalankan kawalan ke atas perbadanan dengan cara kepentingan dalam syer perbadanan itu yang telahpun dipegang oleh mereka secara bersesama atau berasingan; dan

(b)

tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), orang-orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang-orang yang bertindak bersama-sama, melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:

(i)

suatu perbadanan dan perbadanan perbadanan berkaitan dan sekutunya;

(ii)

suatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana-mana pengarah atau mana-mana saudara yang sedemikian, atau mana-mana amanah berkaitan;

(iii)

suatu perbadanan dan apa-apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;

(iv)

seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, unit amanah atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang tersebut berdasarkan budi bicara; atau

(v)

seorang penasihat kewangan dan kliennya yang adalah suatu perbadanan, di mana penasihat kewangan itu menguruskan wang klien berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan dalam syer-syer klien itu.

(4)

Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, kuasa diberi kepada Bank berkehendakkan manamana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, supaya mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, maka Bank boleh menentukan bahawa ia hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh, pada bila-bila lat tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan cara apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imajan pegun atau bergerak) atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang diterangkan oleh Bank dalam penentuan itu.

(5)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai "Akta ini" atau "Ordinan" hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini atau Ordinan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Menteri, atas syor Bank, boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah, menggantikan, atau selainnya meminda, takrif "deposit" dalam subseksyen (1), termasuk Jadual Pertama, dan atas penyiaran sedemikian, takrif "deposit" sebagaimana diubah, dipotong, ditambah, digantikan, atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuatkuasa dan berkesan penuh dan hendaklah disifatkan menjadi satu bahagian integral Akta ini mulai dari tarikh penyiaran sedemikian, atau dari suatu tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

(7)

---