Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Bank boleh menetapkan melalui perintah bahawa mana-mana bank berlesen atau bank saudagar berlesen sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu tidaklah boleh, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri yang diberi atas syor Bank, mengadakan suatu pertalian bank penghubung dengan mana-mana bank yang ditubuhkan dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, yang diterangkan dalam perintah itu, atau dengan mana-mana bank yang dimiliki atau dikuasai, secara langsung atau secara tak langsung, oleh kerajaan, atau agensi kerajaan, bagi negara, wilayah atau tempat tersebut.