Malaysia legislation

Section 35

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 35

(a)

memberhentikan penerbitan berterusan iklan itu;

(b)

mengubahsuaikan iklan itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(c)

memberhentikan keluaran apa-apa iklan yang, pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya, adalah ulangan iklan sedemikian;

(d)

mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala terbitan atau pertunjukannya; atau

(e)

menyiarkan suatu pernyataan mengikut cara yang serupa dengan iklan yang diterbitkan terdahulu untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan sedemikian.

(2)

Bank boleh mengubah, menambah, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui suatu notis bertulis kepada institusi berkenaan.