Malaysia legislation

Section 36

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 36

(a)

menyenggarakan suatu kumpulan wang rizab; dan

(b)

sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersihnya bagi setiap tahun (selepas peruntukan yang wajar telah dibuat untuk cukai), memindahkan kepada kumpulan wang rizabnya daripada untung bersih bagi setiap tahun—

(i)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, asalkan amaun kumpulan wang rizab itu adalah kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayarnya; atau

(ii)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, asalkan amaun kumpulan wang rizab itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal berbayarnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh dari semasa ke semasa menentukan suatu bahagian berlainan daripada untung bersih bagi setiap tahun, iaitu sama ada kurang atau lebih daripada bahagian-bahagian yang ditentukan dalam subseksyen (1), hendaklah dipindahkan kepada kumpulan wang rizab suatu institusi tempatan berlesen bagi maksud memastikan bahawa amaun kumpulan wang rizab bagi institusi itu adalah mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubungan dengan liabiliti-liabilitinya.

(3)

, (4)...

Section 36 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989