Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
sesuatu institusi tempatan berlesen hendaklah menyenggarakan, pada setiap masa, wang modal yang tak tercacat oleh kerugian, mengikut apa-apa nisbahnya dengan segala atau apa-apa aset atau segala atau apa-apa liabiliti, atau kedua-dua aset dan liabiliti, institusi itu dan kesemua pejabatnya di dalam dan di luar Malaysia sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu; dan
(b)
sesuatu bank asing berlesen hendaklah menyenggarakan, pada setiap masa, wang kerja bersih yang tak tercacat oleh kerugian, mengikut apa-apa nisbahnya dengan segala atau apa-apa aset atau segala atau apa-apa liabiliti, atau kedua-dua aset dan liabiliti, bank itu dan kesemua pejabatnya di Malaysia sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu.
(2)
Jika mana-mana institusi berlesen yang disebutkan dalam subseksyen (1) adalah suatu perbadanan dalam suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan, maka akaun-akaun institusi berlesen itu tidaklah boleh, bagi maksud seksyen ini, dihitung atas dasar disatukan melainkan jika Bank menentukan sebaliknya.