Malaysia legislation

Section 38

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 38

(2)

Amaun minimum, atau amaun purata minimum, aset cair yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi segala atau sekian banyak daripada liabilitinya yang dilakukan oleh pejabat-pejabatnya di Malaysia sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu.

(3)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Bank boleh menentukan—

(a)

amaun minimum yang berlainan, atau amaun purata minimum yang berlainan, aset cair bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan;

(b)

jenis-jenis aset yang berlainan yang hendak dikelaskan sebagai aset cair bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan; atau

(c)

jenis-jenis liabiliti yang berlainan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (2) yang hendak dikelaskan sebagai liabiliti bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan.

(4)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah menentukan tempoh, iaitu dalam apaapa jua hal tidak kurang dari tujuh hari, yang dalam tempohnya sesuatu institusi berlesen hendaklah mematuhi penentuan itu, dan ia boleh menentukan tempoh-tempoh yang berlainan bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan:

Dengan syarat bahawa tempoh itu adalah suatu tempoh yang seragam bagi semua institusi berlesen dalam kelas atau kategori yang berkenaan.

(5)

Suatu institusi berlesen tidaklah boleh, di sepanjang apa-apa tempoh yang ia telah gagal mematuhi apa-apa kehendak suatu penentuan di bawah seksyen ini, memberi apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Bank.