Malaysia legislation

Section 39

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 39

(2)

Amaun minimum aset yang hendak dipegang di Malaysia yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi segala atau apa-apa liabiliti institusi di Malaysia sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu.

(3)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Bank boleh menentukan—

(a)

amaun-amaun minimum aset yang berlainan yang hendak dipegang di Malaysia oleh kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan;

(b)

jenis-jenis aset yang berlainan yang hendak dikelaskan sebagai aset yang hendak dipegang di Malaysia bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan;

(c)

jenis-jenis liabiliti yang berlainan yang hendak dikelaskan sebagai liabiliti bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan; atau

(d)

peruntukan-peruntukan yang berlainan bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah penentuan itu, selain daripada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (4).

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen 38 (4) hendak-lah terpakai mutatis mutandis berhubungan dengan suatu penentuan di bawah subseksyen (1).