Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Bank boleh memberikuasa atau mengarahkan mana-mana pegawai atau pekerja Bank untuk melaksanakan mana-mana fungsi, menjalankan manamana kuasa, atau menunaikan mana-mana tugas, Bank di bawah Akta ini.
(3)
Bank boleh, sama ada secara am atau dalam apaapa hal tertentu, melantik mana-mana orang yang bukan seorang pegawai atau pekerja Bank, untuk memberi apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan olehnya dalam menjalankan kuasakuasanya, melaksanakan fungsi-fungsinya, atau menunaikan tugas-tugasnya, di bawah Akta ini, atau untuk menjalankan, melaksanakan atau menunaikan kuasa, fungsi atau tugas tersebut bagi pihak dan atas nama Bank.