Malaysia legislation

Section 40

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 40

(2)

Jika suatu institusi berlesen gagal melantik seorang juruaudit di bawah subseksyen (1) sebelum tarikh yang ditentukan di bawahnya, maka Menteri boleh melantik seorang juruaudit yang disyorkan oleh Bank bagi institusi itu, dan menentukan saraan dan perbelanjaannya, dan ia hendaklah dibayar kepada juruaudit tersebut oleh institusi itu.

(3)

Jika Menteri pada bila-bila masa, atas syor Bank, fikirkannya wajar yang seorang lagi juruaudit patut bertindak bersama dengan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2), maka dia boleh melantik seorang lagi juruaudit yang disyorkan oleh Bank dan menentukan saraan dan perbelanjaannya, dan ia hendaklah dibayar kepada juruaudit tersebut oleh institusi itu.

(4)

Tiada institusi berlesen boleh dengan disedarinya melantik sebagai juruauditnya mana-mana orang, dan tiada seorang pun dengan disedarinya boleh menyetujui supaya dilantik sebagai seorang juruaudit bagi suatu institusi berlesen oleh institusi itu atau oleh Menteri, jika orang itu—

(a)

bukan seorang juruaudit syarikat diluluskan;

(b)

mempunyai apa-apa jua pun kepentingan dalam apa-apa bentuk atau daripada apa-apa perihalan dalam institusi tersebut, termasuk suatu kepentingan dalam syer institusi itu;

(c)

seorang pengarah, pengawal atau pegawai institusi tersebut;

(d)

berhutang dengan institusi tersebut atau dengan mana-mana perbadanan berkaitan institusi tersebut;

(e)

seorang pekongsi, majikan atau pekerja kepada pengarah, pengawal, atau pegawai, institusi tersebut;

(f)

seorang pekongsi atau pekerja dengan seorang pekerja kepada pengarah, pengawal, atau pegawai, institusi tersebut;

(g)

seorang pemegang syer, atau suami atau isterinya adalah seorang pemegang syer, bagi suatu perbadanan yang pekerjanya adalah seorang pegawai institusi tersebut;

(h)

bertanggungjawab, atau ialah pekongsi, majikan, atau pekerja kepada seseorang yang bertanggungjawab, bagi penyimpanan daftar anggota-anggota atau daftar pemegang-pemegang debentur institusi tersebut; atau

(i)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau Akta Syarikat 1965, atau atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan fraud atau kecurangan:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan kehilangan kelayakan yang mana-mana juruaudit adalah tertakluk kepadanya di bawah perenggan ini jika Menteri berpuas hati bahawa ia tidak akan bertentangan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(5)

Bagi maksud-maksud subseksyen (4), seseorang hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai suatu institusi—

(a)

jika dia seorang pegawai suatu perbadanan berkaitan institusi itu; atau

(b)

kecuali jika Menteri, atas syor Bank, mengikut hal keadaan kes itu, mengarahkan selainnya, jika dia telah menjadi seorang pegawai atau penganjur institusi itu atau perbadanan berkaitan itu pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu.

(6)

Suatu firma tidaklah boleh dengan disedarinya menyetujui supaya dilantik, dan tidaklah boleh dengan disedarinya bertindak, sebagai juruaudit bagi manamana institusi berlesen dan tidaklah boleh menyediakan, untuk atau bagi pihak suatu institusi berlesen, apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta ini supaya disediakan oleh seorang juruaudit melainkan jika—

(a)

kesemua pekongsi firma yang bermastautin di Malaysia adalah juruaudit syarikat diluluskan dan, jika firma itu tidak didaftarkan sebagai suatu firma di bawah mana-mana undangundang yang sedang berkuatkuasa, suatu penyata yang menunjukkan nama dan alamat penuh kesemua pekongsi firma itu telah diserahsimpan dengan Bank; dan

(b)

tiada pekongsi kehilangan kelayakan di bawah subseksyen (4) (b) hingga (i), termasuk keduaduanya, daripada bertindak sebagai juruaudit institusi itu.

(7)

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai juruaudit di bawah seksyen ini melainkan jika sebelum perlantikannya dia telah bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian, dan tiada firma boleh dilantik sebagai juruaudit di bawah seksyen ini melainkan jika sebelum perlantikan itu firma tersebut telah bersetuju secara bertulis di bawah tandatangan sekurang-kurangnya seorang pekongsi firma itu untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian.

(8)

Perlantikan suatu firma atas nama firma itu sebagai juruaudit di bawah seksyen ini hendaklah berkesan dan berkuatkuasa sebagai suatu perlantikan orang-orang yang adalah anggota firma itu pada masa perlantikan itu sebagai juruaudit institusi berlesen yang berkenaan.

(9)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, seseorang tidaklah boleh disifatkan sebagai seorang pegawai sesuatu institusi atau perbadanan berkaitannya sematamata oleh sebab dia telah dilantik sebagai seorang juruaudit institusi itu atau perbadanan berkaitannya.

(10)

Mana-mana orang yang dilantik sebagai juruaudit bagi suatu institusi berlesen yang, pada bilabila masa selepas perlantikan tersebut, menjadi tertakluk kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang disebut dalam seksyen ini atau dalam seksyen 9 Akta Syarikat 1965, hendaklah dengan serta-merta sesudah itu berhenti menjadi juruaudit institusi itu dan tidaklah boleh selepas itu bertindak sebagai juruauditnya atau dikehendaki atau dibenarkan oleh institusi itu untuk bertindak sebagai sedemikian.

(11)

Tugas-tugas juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2) ialah—

(a)

untuk menjalankan, dalam hal suatu institusi tempatan berlesen, audit ke atas akaun-akaun institusi itu;

(b)

untuk menjalankan, dalam hal suatu bank asing berlesen, audit ke atas akaun-akaun bank itu berkenaan dengan operasinya di Malaysia; dan

(c)

tertakluk kepada seksyen 41 (4), untuk mengemukakan laporan mengenai audit itu kepada anggota-anggota institusi berlesen.

(12)

Laporan juruaudit yang disebutkan di bawah subseksyen (11) (c) hendaklah—

(a)

dalam hal suatu institusi berlesen yang ia adalah suatu syarikat, dibuat mengikut seksyen 174 Akta Syarikat 1965; dan

(b)

dalam hal suatu institusi berlesen, selain daripada suatu syarikat, memperakukan yang berikut:

(i)

sama ada atau tidak segala maklumat dan penerangan yang pada pendapat juruaudit perlu bagi maksud-maksud audit telah didapati;

(ii)

sama ada atau tidak, mengikut sepanjang maklumat dan penerangan yang telah diberikan kepadanya, kunci kira-kira dan akaun untung rugi yang disebutkan dalam laporan itu memberi, pada pendapatnya, suatu pandangan yang benar dan adil tentang keadaan hal-ehwal institusi berlesen itu pada tarikh kunci kira-kira, dan tentang akaun untung rugi bagi tahun kewangan yang berkenaan, dengan mengambil perhatian, antara lainnya, peruntukan peruntukan Akta ini;

(iii)

sama ada atau tidak pada pendapatnya buku-buku akaun yang patut telah disimpan dengan sepatutnya oleh institusi berlesen itu setakat yang ternyata daripada pengauditan akaun-akaun itu; dan

(iv)

sama ada atau tidak pada pendapatnya penyata-penyata yang patut, yang memadai bagi maksud-maksud audit itu, telah diterima olehnya daripada pejabat-pejabat institusi berlesen itu yang tidak dilawati.

(13)

Bank boleh, pada bila-bila masa, menghendaki seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat tambahan berhubungan dengan auditnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(b)

memperluaskan atau melanjutkan skop auditnya mengenai perniagaan dan hal-ehwal institusi itu mengikut apa-apa cara atau pada apa-apa takat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(c)

menjalankan apa-apa pemeriksaan khusus atau mengadakan apa-apa prosedur dalam mana-mana hal tertentu; atau

(d)

mengemukakan suatu laporan mengenai apaapa perkara yang disebutkan dalam perenggan-perenggan yang disebut di atas, dan Bank boleh menentukan masa yang dalam tempohnya mana-mana kehendak yang disebut terdahulu hendaklah dipatuhi oleh juruaudit itu dan menentukan saraan yang hendaklah dibayar kepada juruaudit oleh institusi itu berkenaan dengannya.

(14)

Juruaudit hendaklah mematuhi apa-apa kehendak Bank di bawah subseksyen (13) dan institusi hendaklah membayar kepada juruaudit itu saraan juruaudit yang disebutkan di dalamnya.

(15)

Jika seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini, semasa menjalankan tugas-tugasnya sebagai juruaudit sesuatu institusi, berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku suatu pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau bahawa apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang lain telah dilakukan oleh institusi itu atau oleh mana-mana orang lain;

(b)

kerugian-kerugian telah dialami oleh institusi itu yang mengurangkan wang modalnya sebanyak lima puluh peratus atau lebih;

(c)

apa-apa luar aturan yang memudaratkan kepentingan-kepentingan pendeposit atau pemiutang institusi itu, atau apa-apa luar aturan lain yang serius, telah berlaku; atau

(d)

dia tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan-tuntutan pendeposit atau pemiutang diliputi oleh aset-aset institusi itu, maka dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Bank.

(16)

Suatu institusi berlesen, dan mana-mana pengarah, pengawal atau pegawai institusi tersebut, hendaklah—

(a)

memberi kepada juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini—

(i)

segala maklumat dalam pengetahuannya atau yang boleh didapatkan olehnya; atau

(ii)

apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh juruaudit, untuk membolehkannya menjalankan tugastugasnya; dan

(b)

memastikan bahawa segala maklumat yang diberi kepada juruaudit, termasuk maklumat yang diberi di bawah perenggan (a), tidaklah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material.

(17)

Bank boleh pada bila-bila masa memeriksa buku-buku, dokumen-dokumen lain, akaun dan transaksi mana-mana orang yang pernah pada bila-bila masa menjadi, atau adalah, seorang juruaudit suatu institusi berlesen dan bagi maksud-maksud pemeriksaan itu, Bank hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa yang dipunyainya atau yang boleh dijalankannya berhubungan dengan pemeriksaan ke atas institusi berlesen di bawah Akta ini.