Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Tiap-tiap institusi berlesen hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembentangan akaunakaunnya di mesyuarat agung tahunannya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Bank, menyiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, dan mempamerkan selepas itu di sepanjang tahun di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pejabat institusi itu di Malaysia, satu salinan setiap satu kunci kirakiranya dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan Bank boleh menentukan secara lain berkenaan dengan dokumen-dokumen yang hendak disiarkan dalam akhbar dan dokumen-dokumen yang hendak dipamerkan.