Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(a)
memperolehi, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer institusi tersebut yang telahpun ketika itu dipegang olehnya, atau olehnya dan oleh orang-orang yang bertindak bersama-sama dengannya; atau
(b)
melupuskan, berserta dengan kepentingan-kepentingan dalam syer yang dahulunya dilupuskan olehnya kepada mana-mana orang seorang atau mana-mana orang yang bertindak bersama-sama, kepada orang seorang atau orang-orang itu yang bertindak bersama-sama, suatu kepentingan dalam syer yang agregatnya tidak kurang daripada lima peratus daripada syer-syer institusi itu, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri untuk membuat perjanjian atau perkiraan tersebut:
Dengan syarat bahawa tiada kelulusan sedemikian boleh diberi berkenaan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan yang akan mengakibatkan pelanggaran terhadap seksyen 46.
(2)
Suatu permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh orang yang bercadang hendak memperolehi atau melupuskan apaapa kepentingan dalam syer yang disebutkan di dalamnya dan hendaklah dihantar kepada Bank, dan berikutan dengan itu Bank hendaklah mengemukakan permohonan itu, berserta dengan syor Bank mengenainya, kepada Menteri.
(3)
Tiada seorang pun yang telah mendapat kelulusan Menteri di bawah subseksyen (1) bagi membuat perjanjian atau perkiraan—
(a)
berkenaan dengan pemerolehan apa-apa kepentingan dalam syer sesuatu institusi tempatan berlesen, boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya untuk memperolehi apa-apa kepentingan dalam syer institusi tempatan berlesen itu; atau
(b)
berkenaan dengan pelupusan apa-apa kepentingan dalam syer suatu institusi tempatan berlesen kepada orang seorang atau kepada orang-orang yang bertindak bersama-sama, boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya dengan orang seorang itu atau dengan seorang atau lebih daripada orang-orang itu yang bertindak bersama-sama, untuk melupuskan kepadanya atau kepada mereka, apa-apa kepentingan dalam syer institusi tempatan berlesen itu, tidak kira peratus syer institusi itu yang diwakili oleh kepentingan dalam syer tersebut, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri untuk membuat perjanjian atau perkiraan terkemudian itu, dan peruntukan-peruntukan subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen ini.