Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
dalam hal seseorang individu, sepuluh peratus; dan
(b)
dalam hal seseorang selain daripada seorang individu, dua puluh peratus,
(1a)
Kecuali...
(2)
Bagi maksud subseksyen (1) (a), jika orang yang memegang kepentingan dalam syer sesuatu institusi tempatan berlesen adalah suatu perbadanan yang di dalamnya—
(a)
seorang individu;
(b)
suami atau isteri individu itu; atau
(c)
anak individu itu, memegang, atau mana-mana dua orang atau lebih daripada orang-orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) dan (c) memegang, secara berasingan atau bersesama, kepentingan-kepentingan dalam syer yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus syer perbadanan tersebut, maka perbadanan tersebut hendaklah disifatkan sebagai seorang individu.
(3)
Bagi maksud-maksud seksyen ini, dalam menghitung pegangan seseorang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai pegangan orang itu dan ditambah kepada pegangannya sendiri:
(a)
jika seseorang adalah seorang individu, pegangan suami atau isterinya, anaknya atau perbadanan keluarganya;
(b)
jika seseorang adalah suatu perbadanan, pegangan perbadanan-perbadanan berkaitan atau sekutunya;
(c)
jika seseorang adalah suatu koperasi, pegangan subsidiari-subsidiarinya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1948, dan pegangan perbadanan-perbadanan berkaitan atau sekutu bagi subsidiari-subsidiari itu; dan
(d)
pegangan orang-orang yang bertindak bersama-sama dengan orang itu.
(4)
Bagi maksud-maksud subseksyen (3) (a) "perbadanan keluarga" ertinya suatu perbadanan yang di dalamnya—
(a)
individu itu;
(b)
suami atau isteri individu itu; atau
(c)
anak individu itu, memegang, atau mana-mana dua orang atau lebih daripada orang-orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) dan (c) memegang, secara berasingan atau bersesama, kepentingan-kepentingan dalam syer yang lebih daripada lima puluh peratus syer perbadanan itu.
(5)
, (6), (7)...