Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Suatu institusi berlesen tidaklah boleh memegang apa-apa kepentingan dalam syer—
(a)
jika ia suatu bank berlesen, bagi suatu bank berlesen lain yang ditubuhkan di Malaysia, atau subsidiari suatu institusi berlesen lain yang tidak berkaitan dengannya;
(b)
jika ia suatu syarikat kewangan berlesen, suatu syarikat diskaun berlesen atau seorang broker wang berlesen, bagi suatu institusi berlesen lain, atau subsidiari suatu institusi berlesen lain yang tidak berkaitan dengannya; atau
(c)
jika ia suatu bank saudagar berlesen, bagi suatu bank berlesen atau bank saudagar berlesen lain yang ditubuhkan di Malaysia, atau subsidiari suatu institusi berlesen lain yang tidak berkaitan dengannya, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Menteri, atas syor Bank.