Malaysia legislation

Section 49

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 49

(b)

berkenaan dengan penjualan, pelupusan, atau pemindahan bagaimana jua cara sekalipun, akan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan sesuatu institusi berlesen;

(c)

berkenaan dengan penyatuan atau pencantuman sesuatu institusi berlesen dengan mana-mana orang lain; atau

(d)

berkenaan dengan pembentukan semula sesuatu institusi berlesen, melainkan jika—

(A)

perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu adalah berbentuk tulisan; dan

(B)

kesemua pihak kepadanya telah mula-mula sekali membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri untuk mendapat kelulusannya mengenai perjanjian atau perkiraan itu dan telah mendapat kelulusan Menteri berkenaan dengannya.

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan mengemukakannya kepada Bank berserta dengan suatu salinan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu dan segala maklumat dan dokumen lain sebagaimana yang berkaitan, secara langsung atau secara tak langsung, dengan perjanjian atau perkiraan itu atau yang relevan bagi pertimbangannya.

(3)

Pada bila-bila masa selepas permohonan diterima dan sebelum ia diputuskan oleh Menteri, Bank boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon-pemohon atau mana-mana daripada mereka, atau mana-mana orang yang adalah seorang pengarah, pengawal atau pengurus mana-mana pemohon itu, supaya mengadakan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan.

(4)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diadakan oleh mana-mana orang yang dikehendaki memberikannya dalam tempoh yang ditentukan dalam kehendak itu atau apa-apa tempoh lanjutannya yang diberikan oleh Bank, maka permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(5)

Bank hendaklah, apabila suatu permohonan telah dibuat dengan sempurnaanya mengikut peruntukan-peruntukan yang disebut di atas dalam seksyen ini dan selepas diberi segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendakinya, mempertimbangkan permohonan itu, dan membuat suatu syor kepada Menteri sama ada permohonan itu patut diluluskan atau ditolak dan mengenai ubahsuaian, pengubahan atau syarat, jika ada, yang tertakluk kepadanya permohonan itu boleh diluluskan.

(6)

Suatu syor untuk meluluskan sesuatu permohonan tidaklah boleh dibuat jika Bank berpuas hati bahawa ia akan berlawanan dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini untuk meluluskan permohonan itu, atau bahawa ia akan memudaratkan kekukuhan struktur kewangan Malaysia untuk berbuat demikian.

(7)

Apabila menerima sesuatu permohonan dan syor Bank di bawah seksyen ini, Menteri boleh meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubahsuaian, pengubahan atau syarat, atau menolak permohonan itu.

(8)

Jika Menteri menolak sesuatu permohonan, maka Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(9)

Sesuatu permohonan di bawah—

(a)

subseksyen (1) (b) tidaklah boleh disyorkan oleh Bank untuk kelulusan dan tidaklah boleh diluluskan oleh Menteri jika perjanjian atau perkiraan itu akan mengakibatkan penjualan, pelupusan, atau pemindahan bagaimana jua cara sekalipun, apa-apa bahagian daripada perniagaan institusi berlesen itu kepada manamana orang yang bukan suatu institusi berlesen kecuali berhubungan dengan sebahagian daripada perniagaan itu, yang merupakan bahagian yang tidak dikehendaki dilesenkan di bawah Akta ini; dan

(b)

subseksyen (1) (c) tidaklah boleh disyorkan oleh Bank untuk kelulusan dan tidaklah boleh diluluskan oleh Menteri kecuali dalam hal penyatuan atau pencantuman dengan suatu institusi berlesen yang lain.

[9A]...

(10)

Dalam seksyen ini, "perniagaan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 50 (8).