Malaysia legislation

Section 50

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 50

(a)

tarikh yang padanya dan yang darinya perjanjian atau perkiraan itu hendak mula berkuatkuasa, iaitu suatu tarikh yang terdahulu atau terkemudian dari tarikh permohonan (kemudian daripada ini disebut "tarikh pemindahan" dalam seksyen ini);

(b)

perletakhakan apa-apa harta yang dipegang oleh pemindah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, pada penerima pindahan sama ada bersendirian atau, mengikut mana yang berkenaan, bersesama dengan mana-mana orang lain, pada dan dari tarikh pemindahan, atas sifat yang sama, mengenai amanah itu, dan dengan serta tertakluk kepada kuasa-kuasa, peruntukan-peruntukan dan liabiliti-liabiliti yang masing-masing terpakai baginya;

(c)

bagi apa-apa suratcara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu suratikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurut kuasanya apa-apa harta menjadi terletakhak pada pemindah, hendaklah ditafsirkan dan mempunyai kuatkuasa seolah-olah apa-apa sebutan di dalamnya mengenai pemindah telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan;

(d)

bagi apa-apa perjanjian yang sedia ada yang kepadanya pemindah adalah suatu pihak hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-olah penerima pindahan telah menjadi satu pihak kepadanya sebagai ganti pemindah;

(e)

bagi apa-apa akaun di antara pemindah dengan pelanggannya hendaklah menjadi akaun di antara penerima pindahan dengan pelanggan itu, tertakluk kepada syarat-syarat dan insiden-insiden sebagaimana yang ada sebelumnya, dan akaun sedemikian hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu akaun berterusan tunggal;

(f)

bagi apa-apa petunjuk, perintah, arahan mandat, surat kuasa wakil, kuasa, akujanji atau keizinan yang sedia ada, sama ada atau tidak berhubungan dengan sesuatu akaun, yang diberikan kepada pemindah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan seorang lain, hendaklah mempunyai kuatkuasa, berkenaan dengan apa-apa jua yang kena dilakukan seolah-olah diberikan kepada penerima pindahan sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersesama dengan orang lain itu;

(g)

bagi apa-apa suratcara boleh niaga atau perintah pembayaran wang yang dikeluarkan daripada, atau diberikan kepada, atau disetujuterima atau diendorskan oleh, pemindah atau yang kena dibayar di tempat perniagaan pemindah, sama ada dikeluarkan, diberikan, disetujuterima atau diendorskan sedemikian sebelum, pada, atau selepas, tarikh pemindahan itu, hendaklah mempunyai kuatkuasa yang sama pada dan dari tarikh pemindahan itu, seolah-olah ia telah dikeluarkan daripada, atau diberikan kepada, atau disetujuterima atau diendorskan oleh, penerima pindahan atau kena dibayar di tempat perniagaan penerima pindahan;

(h)

bagi jagaan apa-apa dokumen, barangan atau benda yang dipegang oleh pemindah sebagai baili sebelum sahaja tarikh pemindahan hendaklah beralih kepada penerima pindahan dan hak-hak serta obligasi-obligasi pemindah di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan manamana dokumen, barangan atau benda tersebut hendaklah dipindahkan kepada penerima pindahan;

(i)

bagi apa-apa cagaran yang dipegang sebelum sahaja tarikh pemindahan itu oleh pemindah, atau oleh seorang penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi pemindah, sebagai jaminan berkenaan dengan pembayaran atau penunaian apa-apa liabiliti manamana orang, supaya dipegang oleh penerima pindahan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya dipegang oleh penerima namaan atau pemegang amanah tersebut sebagai penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi penerima pindahan, dan setakat liabiliti-liabiliti itu, hendaklah tersedia-ada kepada penerima pindahan sebagai jaminan bagi pembayaran atau penunaian liabiliti-liabiliti itu; dan jika apaapa cagaran itu meliputi pendahuluan-pendahuluan masa hadapan atau liabiliti-liabiliti masa hadapan, hendaklah dipegang oleh, dan hendaklah disedia-adakan seperti yang disebut terdahulu kepada, penerima pindahan sebagai cagaran bagi pendahuluan-pendahuluan masa hadapan oleh, dan liabiliti-liabiliti masa hadapan kepada, penerima pindahan mengikut cara yang sama dalam segala aspek sebagai pendahuluan-pendahuluan masa hadapan oleh, atau liabiliti-liabiliti masa hadapan kepada, pemindah dijaminkan dengan demikian itu sebelum sahaja tarikh pemindahan itu;

(j)

jika apa-apa hak atau liabiliti pemindah dipindahkan kepada penerima pindahan, bagi penerima pindahan mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama (dan khususnya hak dan kuasa yang sama tentang pengambilan atau penolakan prosiding undang-undang atau pembuatan atau penolakan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) bagi memastikan, melindungi atau menguat-kuasakan hak itu atau menolak liabiliti itu seolah-olah ia telah pada setiap masa menjadi hak atau liabiliti penerima pindahan, termasuk hak-hak atau liabiliti-liabiliti tersebut berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebelum sahaja tarikh pemindahan oleh atau terhadap pemindah;

(k)

apa-apa penghakiman atau award yang didapati oleh atau terhadap pemindah dan yang tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahan itu hendaklah dikuatkuasakan oleh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, terhadap penerima pindahan; dan

(l)

bagi segala perintah bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu untuk menjaminkan yang perjanjian atau perkiraan itu hendaklah dijalankan dengan sepenuh dan berkesannya.

(2)

Apabila mendengar permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi boleh memberi suatu perintah seperti yang dipohonkan, atau dengan apa-apa ubahsuaian atau pengubahan sebagaimana yang difikirkan adil atau patut oleh Mahkamah mengikut hal keadaan kes itu.

(3)

Jika perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) memperuntukkan bagi pemindahan apa-apa harta atau perniagaan yang terletakhak pada atau dipegang oleh pemindah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, maka, menurut kuasa perintah itu, harta atau perniagaan tersebut hendaklah, pada dan dari tarikh pemindahan itu, menjadi terletakhak pada atau dipegang oleh penerima pindahan sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersesama dengan mana-mana orang lain, dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa mengikut maksudnya walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang atau dalam mana-mana hukum undang-undang, dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terlibat dengannya itu, tidak kira bahawa orang yang terlibat sedemikian bukannya satu pihak dalam prosiding itu di bawah seksyen ini atau dalam apa-apa prosiding lain yang berkaitan, atau yang tidak tahumenahu mengenai prosiding di bawah seksyen ini atau mengenai prosiding lain yang berkaitan itu.

(4)

Perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada arahan-arahan Mahkamah Tinggi, disiarkan oleh penerima pindahan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan yang satu lagi dalam bahasa Inggeris.

(5)

Pemindah hendaklah menyerahsimpan, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah Mahkamah Tinggi dibuat di bawah subseksyen (1), satu salinan disahkan perintah itu berserta dengan satu salinan disahkan perjanjian atau perkiraan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 49 (7), dan satu salinan disahkan kelulusan Menteri, dengan—

(a)

Pendaftar Syarikat; dan

(b)

pihak berkuasa yang berkenaan, jika ada, yang kena-mengena dengan pendaftaran atau perekodan urusniaga mengenai apa-apa harta alih, atau apa-apa kepentingan mengenai harta alih, yang dipindahkan menurut perintah itu.

(6)

Jika sesuatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) meletakhakkan mana-mana tanah berimilik, atau apa-apa bahagian atau kepentingan dalam mana-mana tanah berimilik, pada penerima pindahan—

(a)

Mahkamah Tinggi hendaklah, jika tanah berimilik itu terletak di Malaysia Barat, menurut seksyen 420 (2) Kanun Tanah Negara, menyebabkan satu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas sahaja perintah itu dibuat supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan peruntukan-peruntukan seksyen 420 (2), (3) dan (4) tersebut;

(b)

jika tanah berimilik itu terletak di Sabah, penerima pindahan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, menyerahkan perintah tersebut kepada Pendaftar Hakmilik bagi pendaftaran akan penerima pindahan itu sebagai pemunya berdaftar bagi tanah berimilik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah berimilik, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 114 (2) Ordinan Tanah Sabah; atau

(c)

jika tanah berimilik itu terletak di Sarawak, penerima pindahan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, mengemukakan satu salinan disahkan perintah tersebut kepada Pendaftar bagi pendaftaran akan perletakhakan bagi tanah berimilik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah berimilik, pada penerima pindahan itu, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171 Kanun Tanah Sarawak.

(7)

Sesuatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) mungkinnya berhubungan dengan apa-apa harta atau perniagaan pemindah di luar Malaysia dan, jika ia berhubungan sedemikian, bolehlah melak sanakannya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman-penghakiman yang mungkin wujud di antara Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang harta atau perniagaan itu terletak, atau jika tiada perkiraan yang sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.

(8)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

"cagaran" termasuklah gadai-janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, hipotekasi, tanggung rugi, akujanji atau cara-cara lain menjaminkan pembayaran atau penunaian hutang atau liabiliti, sama ada masa sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen; dan

"perniagaan" ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapati daripada, atau digunakan dalam atau bagi maksud, menjalankan aktiviti yang sedemikian dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada aktiviti yang sedemikian.

Section 50 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989